Simple shawls in 2 minutes ;)

Friday, May 24, 2013

Abang Amirul Bozu abang DuBook



Pusing kunci kereta. Pusing keluar lampu, lepas brek tangan, tekan klac guna kaki kiri, masuk gear satu terus tembak pergi seven eleven. Kesegaran dan kesejukan mountain dew mesti diperolehi segera mungkin. Telinga terhidang dengan bunyi dari speaker kereta.Sekarang lagu Ana's song dengan dendangan Silverchair. tengah tekak rasa nak Mountain dew, tekak tiba-tiba rasa payau. teringin rokok sedap. Marlboro Light contohnya.

Sampai di seven eleven, sambar sebotol Mountain Dew dan berlalu terus ke kaunter. Selesai memesan Marlboro Light, keluarkan duit sambil bersiul- siul. Sekarang ni lagu My happy Ending dendangan Avril Lavigne. keluar sahaja pintu, terus togok Mountain dew sambil bakar Marlboro Light sebatang. Habis sip kelima, tekak tetibe rasa kosong. teringin makan ayam sedap, ayam McD contohnya.

Terus start kereta, pecut terus pergi McDonald's berhampiran. Sampai sahaja depan McDonald's menuju ke laluan pandu-lalu.Walaupun kereta tak banyak tapi kereta still tak gerak gerak sebab kereta depan yang terhegeh hegeh nak order. Sampai je giliran makwe McD pun mintak order mcm biasa.Lepas order, sambil sambil tengok butir- butir jerawat kat muka awek Mcd, terdengar bunyi dari dalam mcd. sekarang lagu Ala canggung dendangan Too Phat.Dapat je ayam Mcd, tekak rasa lain pulak, rasa mcm.....


esok tu,demam 3 hari berturut.

"celaka.nak demam, demam jelah. Boleh pulak tekak ni memerap yang bukan bukan. Ni jenis demam mengabihkan duit !" --"



#ubah sikit.jangan marah Abam Amirul Bozu :p

1 comment: