Simple shawls in 2 minutes ;)

Friday, November 07, 2014

Level bawah kaki


Lepas dah setel semua aku ingat aku nak tido. Ada lah dalam 5 minit terlayang, 'DUUMMM !' kau masuk bilik hentak pintu dengan sangat kuat. Aku tersedar tapi serasa malas nak buka mata. "Ibu cakap macamni semak lah. Ok tak payah pergi, tak payah balik kampung, tak payah amik SPM" aku dengar. Jelas. Allah, aku mintak kau tarik balik ayat kau tu tapi siapalah aku ni ? Mahu kau ludah apa nasihat dari aku. Sebelum terlayang ke 5 minit seterusnya lagi sekali guruh dan bunyi mahu hujan semakin gergasi seepertinya. Aku kemudian terlelap dan terjaga satu jam selepas. Keadaan disini sepertinya okay belaka. Engkau dengan telefon bimbit. khusyuk. Ibu sedang melipat kain diluar tanpa ada kesan airmata.Ah, ibu memang biasa begitu. Jauh dalam hati aku sangat berharap kau telah sujud cium kaki ibu ampun mohon dengan apa yang kau pekikkan setidurnya aku tadi. Guruh dan bunyi mahu hujan masih sama. Malah hujan sudah mencecah bumi semahunya. Bukti amarah Dia mungkin. Wallahualam.




taklah. ni boleh dipanggil cerpen lah. haa yeap. cerita pendek yang aku reka reka kan yang aku angan angan kan. hahahhhaha. ayat pun semarttt je kan. biarlah cerpen ini terkubur disini tanpa maksud penghinaan kpd sesiapa. serius. cuma kalaulah ada calon spm yang baca. this might worth :) saje nak ucap selamat maju jaya utk korang. ini mungkin penentunya.tak terlambat lagi kan nak wish ? haha rasanya setiap program SPM korang msti dipesan jaga diri and bla bla haaa nak korang tahu jaga diri kat sini bukan saje bermaksud yang kaki merempit tu, sudah lah bawaklah berjalan pulak ke mesjid, yang kaki hangout tu sudahlah, bawaklah duduk berborak dengan mak kat rumah. not just that okay brother and sisters. jaga diri sini jaga diri kau atas sampai bawah dalam dan luar atas semuaaaa dasar. malas aku nak explain. senang mcmni kalau sebelum ni kau cuma beretika dalam kelas sebagai cikgu dan pelajar bersahaja. takde luar kelas bertepuk tampar bodek tanya soalan kat teacher add math. haaaa aku tak suruh cuma boleh kot tanya khabar atau tanya dia jaga mana spm nanti. berbudi bahasa. senang cerita. bukan cikgu je pulak tu, dekat makcik kedai buku, makcik cleaner makcik jual goreng pisang belakang rumah, cashier yg kau selalu hadap masa beli brg kat shopping mall. whatt ? apa ke salahnya ? weh tak semestinya kau jumpa dia once a month kau takde salah dengan dia. tak semestinya. kau tu manusia. tak pernah sempurna. itu maksud jaga diri sepanjang tempoh kau SPM, kau jangan sekali nak buat onar. sentiasa buat baik selagi mampu. kalau taknak buat baik pun jangan buat jahat. jaga percakapan, adab terutama keluarga kau yang banyak dh makan hati dengan kau TERUTAMA LAGI. MAK KAU yang tak pernah penat marah kau. ,kau tahu apa weh kalau dia tak marah kau. kau takkan amik spm harini. kau takkan duduk dlm kelas for 5 years or more. jangan berlagak sangat weh. pakai lah iphone5 ke kereta mende apak awok bagi ke. look. kau tu level tapak kaki mak kau je, ingat selalu. dah. 

No comments:

Post a Comment