Simple shawls in 2 minutes ;)

Saturday, February 01, 2014

Maaf

Assalamualaikum ! ye ye :) saya tahuu.tahu tu awak semua rindu saya.hikhik.

saya minta maaf lah sbb saya terlampau lah busy smpai tak menyempat nak layan awak awak semua.hehehe lagi lagi bob. sorry bob.


.................................................................................................................

BOB: OKAY SAYANG. SAYA MAAFKAN, SAYA TERIMA AWAK APA ADANYA KAN. EVEN AWAK BUAT SALAH YANG SAMA BANYAK KALI. TU LAH BUKTI SAYA CINTAAKAN AWAK

..................................................................................................................

haha some drama effects. just nak share yang kadang kadang tak semua orang boleh terima maaf korang cemtu cemtu je. perasan tak ? okay what i meant is kalau korang ada buat salah and meet them and say sorry; ada manusia jenis. WTH SORRY ? ha mcmtu lah. lagi2 kalau korang buat salah yang sama for thousands mungkin korang tak perasan. kalau dah thousands tu mestilah someone rapat. someone special kee. jadi maybe korang boleh tukar sorry tu kepada buy something ke yang orang tu perlukan pd masa tu maybe kan. jangan beli benda yang dia suka.maybe ada certain yang langsung takleh terima. awak bagilah 5 cups tutti fruitti pun tak semestinya dia maafkan. kan kan ? jagngan beli benda ngarut dan jangan buat ni lebih 3 kali setahun. tu bodek pulak cerita dia. kalau tak bodek, ngorat.hurm. ada sesetengah orang. well banyak jenis manusia dalam hidup ni. jangan ingat semua orang mcm awak. easy to forgive. jangan ingat awak hidup sorang dalam dunia ni. huh --" tapi ni untuk awak dah banyak kali melukai dia. dah rasa berdosa mcm masuk neraka AND kalau dia tu rapat dengan awak. so you may be buy something to make everything up :) tapi kalau salah awak tu cuma macam tertinggal barang dia ke but esok lusa awak jumpa dia lagi and dia tak maaf kan awak. hurm. kasi penampo jelah. tak payah nak layan. come on benda tak rasional nak besarkan nak kecoh sanhat whyyyy ? WHY BOTHER BABY ? hee. nasib bob tak mcmtu. bob soooo into me :p well benda mcmni lah kenapa nak teruk sangat. Allah tak suka kan orang yang tak memaafkan. kalau benda tu dah bertahun2 tapi still ingat itu namanya dendam. dendam bangang. benda boleh setel kot. tapi sebab awak ni perangai mcm hanjing, dah jadi bukan bukan tak setel. maafkan jelah. kau nak ingat sampai mati ke pergi mampus lah dengan kau. hehh. back to topic.TAPII korang korang kalau contoh org yang korang buat salah tu tak rapat sangat tapi salah tu besar gils. so kosongkan hati sekosong kosongnya dan mintak maaf. sebab kadang2 ada orang tak nampak keikhlasan tu kat maaf korang. so ikhlas kan lah hati. SETAHAP PALING IKHLAS. takpun korangg pergi belajar dulu nak ikhlaskan diri tu mcmana. ini tak, mintak maaf pandang muka orang tu pun taknak. kalau bob ni, dia pijak awok sie sie. dari dulu dalam blog ni ada kot aku cakap whatever you did, ikhlaskan hati. okay ? :) lepas dah mintak maaf tu takyah gedik nak buat lagi lah. ni lepas dah 2 3 hari lupa nak reply text, cakap sorry menyepi lagi seminggu. kau reply sbb nak cakap sorry tak reply semalam. tu je ? mmg nampak sangat tak ikhlas. kbai. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA.




p/s; I am easy to forgive, but hard to forget*senyumjungkitbibir  

Sunday, January 19, 2014

I'm just doing fine, Thanks.

selepas tak dapat join kaum kerabat jawab test QMT. uwaa.

okaylah.
You look so handsome my dear with the short jeans and Manchester united jersey. aw awwh. and somemore with Samsung galaxy note twooo on left hand while iphone on you right. maiigad ! adorable. I am melting, falling over youu baby *blinkblinkblink* it seems that you recover a lot. The nurse also proud with you dear.hee. oh not to forget your black ray ban. oh myyyy. Gua cair gils babs ni lagi2 time lu tengok maharaja lawak sensorang time fisio. gua ? sensorang gak. tahan sakit.



shiooooot.heh.

Wednesday, January 15, 2014

Women are complicated

Ye dak mu, afiq ? mueheheheheh.


"kau rapat macamana sekalipun dengan R, tak semestinya yang dia akan cerita semua benda kat kau"

"Tak semua perkara kita boleh cerita, tak semua perkara semua orang boleh tahu. R pilih S. Mungkin sebab S perempuan. Hanya perempuan je kenal perempuan."

"Elehh, aku lelaki. Kau perempuan, aku kenal je kau"

"Kau boleh kenal kami tapi kau tak boleh faham kami"

"Kenapa perempuan ni merumitkan?"

"Kenapa kena mention 'perempuan' ? lelaki tak merumitkan ke ?"

"Manusia dicipta untuk saling membenarkan, sayang. Tapi kita selalu saja saling menyalahkan"




A LOVER CONVERSATION ;)



Salam guys :D
 hahahaha. saje hashtag beliau --" well tajuk ni dah complicated kot. complicated ke kaum hawa ni ? ha adam ? Aaaaadam ? hikhik. comel gila kan kalau convers macamni ? suit suit jeh *lalalalala.
kalau bagi I lah kan, apa apa benda pun. bukan dalam bercinta je. if kita amalkan manusia hidup untuk saling membenarkan. bukan saling menyalahkan. takkan pernah wujud perkataan merumitkan tu. saling melengkapkan. kalau kau tenangkan hati kau untuk cuba faham aku and so do i. aku pun cuba faham kau. takkanlah ada yang merumitkan. kan ? kan ? hehe. janganlah nak kata perempuan je complicated ye. heh. bajingan lah kalau kau kata camtu. bukak mata hati. lepastu untuk loverss luar sana, kalau dah pernah terfikir pasangan hang tu merumitkan, whats tos waits ? blah la :p bila start rasa itu macam mesti selalu rasa annoy gak dia ni, kat situ ada smtg named ketidakikhlasan. tahu apa effect dia ? buruk. benda yang kau buat kena ikhlas. kena dengan jiwa, baru syiiioook. ni dah tak feel nak buat apa pun rasa loya brudda. dah la till now :)




keeee. aku je tak complicated ? mihihhihih.

Friday, January 10, 2014

D E E P B U R I E D

























tak pernah doh aku rasa jatuh teruk cemnih. jatuh yang betul betul jatuh sampai tak boleh nak dengar apa miss lecterur cakap --" pastu kalau kau baca apa yg kat status aku ni pun, aku tak mintak apa apa tak mintak simpati. kalau nak doakan, doa lah. kalau taknak takpe, boleh blah.



niii, selepas lega sikit. HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAH.

Aku harap hanya aku sorang. Walau apa pun jadi, aku nak aku yang sorang tu.

Jap.

*breath innnnnn. breath ouutttttt*

AKU NAK TERUS JADI PEREMPUAN YANG KALAU DITANYA MUHAMMAD AIZAT SAFWAN BIN AZMI, 'SIAPA PEREMPUAN YANG TAK PERNAH KAU NAMPAK MENANGIS' DAN MUHAMMAD AIZAT SAFWAN BIN AZMI JAWAB 'IZZATI'



P/S: aku lah perempuan yang dia sebut sebut izzati tu.HEWHEW.
Tuhan, setiap apa yang berlaku pada aku, ibu dan ayah adalah keranaMu. maka padaMu aku merayu, pegang aku tinggi tinggi dan kuatkan hati jiwa raga batin, izzati. izzati ini Ya Allah untuk melalui apa yang telah kau sebutkan. InsyaAllah.




Deep.

Thursday, January 09, 2014

ke respect an

Assalamualaikum yeeee ah gang.

saje nak sembang member. rasanya sebelum ni ada jugak post cenggini. tapi tiba tiba rasa nak post. hehe.

boleh tak kau jangan tunjuk sebarang tanda atau reaksi yang kau benci gils babs dekat benda yang kawan sebelah tengah share ? boleh tak kau pretend kau memahami febret member tu ? boleh tak kau jangan nak rasa kau punya je yang paling bagus ? boleh tak kau terima sikit apa mmber sembang ? boleh tak kau jangan buat member rasa terhina ? boleh tak kau cakap elok elok kau tak suka ke member. boleh tak pon ? pontianak. hergh! mintak hormat sesama manusia je pun, bukan mintak cium.

Tuesday, December 31, 2013

PUN BOLEH

ASSALAMUALAIKUM MUSLIMEEN MUSLIMAH :)

have been longgggggggggggggggggg time since last update. i mean sebelum post pasal ika tu lah. hewhew.

not a long entry just wanna tell all of you saya guna 'pun boleh ' macamna. err. ye sebab sepanjang saya berada di Jengka, Johor darul takzim, eh ? hahaha. saya rasa confuse dengan penggunaan istilah ini --" pun boleh saya adalah untuk memerli atau bukan dijawab dengan seikhlasnya contoh ehh


:weh aku makan tocu eh telur dengan..
:kena potong* tocu pun bolehhhh



See! inilahhh. bila mcm orang salah sebut kee. nganjim ah ni. tapi apa yg aku faham mostly dorang guna ni mcm aku tnya guna telur untuk masuk dlm megi ni boleh tak? and dorang jawab 'pun bolehh' SO WHAT ?  aku tak faham aku ingat dia perli kata takleh. aduh. sorry ah. kebanyakan nya mmber kelantan ah. pastu marah marah sebab aku tak faham. --" aku sedang cuba faham lah deng. eiiii tapok jugak kau ni karang. heh.

okaylah pastu ni ha cerita tahun baru. bagi aku 2013 not bad. cuma yang sakit sangat terpisah dengan my girls :( sedih. yang lain alhamdulillah ogeh :D hihih tapi of course aku harap 2014 jadi lebihhh baik. takde yang sedih. mybe yang paling happy kot; dekan ke. HAHAHA. khen. amin amin :) tapi sepanjang 2013 apa yg aku rasa tak sempat nak achieve is teng tenenettta  gggumg  pak pak pak eei tenerereneg*sound effect* tak sempat main game archade kat aeon setiawangsa. huwaaaa. okay dah dah dah !! past. sekarang time to movee forward :D tengah sebok bertumblr tadi ternampak ni. nak amik sikit ye.


INI LAMBAIAN TERAKHIR
DIMANA MIMPI MIMPI SEMALAM KAN BERAKHIR
DIMANA HATI YANG BARU AKAN MENUMBUH


SEMUA AKAN MATI
MANA YANG KEMBALI, MUNGKIN BELUM MATI, CUMA PERGI
TAPI YANG INI AKU PASTI TAKKAN DATANG LAGI
SELAMAT TINGGAL 2013.


JALAN BAIK BAIK
JAGA-JAGA. SEDANG KAU KENDONG KISAHKU YANG BERAT



TERIMA KASIH UNTUK MASA JATUH KAU MASIH MAHU BANGUNKAN AKU
2014.                                                                                                            
AKU ENGGAN UNTUK MEMBINA HARAPAN
AKU PASTI JALAN KULALUI NANTI PASTI DIUJI LAGI
PASTI ADA DURI DAN SAKIT LAGI
AKU TAHU DAN AKU SEDIA HARUNGI
YA, AKU SUDAH SIAP !



and thats all. selamat tahun baru. thanks and sorry for eberithing.hihi. mornite ;)
Bismillahirrahmanirrahim.

Le junior

memang sedih touk sebab tak dapat jadikan ni last post in 2013 --"
leka main stogrem. padanlah muka.



BUT IT WAS THE FIRST FOR 2014 DARL IKA !! HEHE.

Finally kenn mcm jumpa jugak do. susah gila nak jumpa i kan ? hehehe. Thanks sangatsangat ika for the story mory for the treat :) mana2 ika pergi pun lepas ni fikir habis baik, jaga diri, ingat family dulu apa apa pun ogeh :) hurm. ika orang ke seghatushimapulohjute kata i berisi. hallllooooooooo.




kbai. sobs :"(

Wednesday, December 25, 2013

Baiklah.





*facemaker*






semalam pergi cari tudung untuk satu majlis. kejut ayah since dah pukul 5 for asar and nak mintak touch and go. muehehe. kereta kasi, touch and go card simpan. tetibe dia mumbling



"nak carik apa ?"
"tudung untuk kenduri kakyong tu"
"tudung banyak banyak dalam laci tu "
"baju warna pink,bunga coklat"
"pakai je tudung hitam dalam laci tu kan"
"mana masuk"
"apa pulak. ayah punya songkok hitam boleh je masuk semua warna baju melayu"
"--" 
"orang perempuan ni, baju lain tudung lain..bla bla .."
"tudung dalam laci tu kalau jual balik boleh kaya..bla bla..- sambung --"




Awesome way my dad holding me ;)

Friday, November 29, 2013

Dengan adik beradik pun nak berkira

Assalamualaikum :)

semenjak meningkat usia ni aku dah pandai ah beli barang keperluan pun pakai duit sendiri. kau takyah ajar takpe, aku tahu dah. tapi yang sedih sikit apa aku beli tu mesti tak sampai apa aku achieve contoh aku beli shampoo yang boleh habis dlm masa 2 bulan, tak sampai sebulan dah habis atau hilang. so aku amik inisiatif, nyorok barang tu dalam laci  ke, bawah katil ke. hehehe. memanglah aku beli sendiri kot syampu aku mahal kot --" mahmah.



selepas itu, ,time aku nak guna, aku lupa mana aku nyorok.
#APTB

Pulak

Naik semester 3 ramai kata aku gemuk, berisi sikit. Naik semester 4 ramai kata 'ehh kuruslah izzati'



--"

Janganlah main main dengan perasaan aku.






 #akurasakautahuapajadimasasemesterduasampaiorangkatakugemuk

Wednesday, November 20, 2013

Introducing you


Hai awak. so ini Along saya *pandangsenyumsenyum* yang tengah tu. ni masa majlis pernikahan dia. Sangat penyayang orangnya sangat suka budak budak! hee. and will be daddy soon ! insyaAllah :) saya okay dengan dia awak. awk jangan risaulah selagi kita together. saya akan kenalkan semua familyy saya kat sini. tak payah datang rumah pun.hihihi. dia cool and make me laugh louder. dia lah. tapi dia pernah cakap macam ni sekali dulu


"apa boyfriend ?langkah mayat abang dulu"

So bob. this is the end. sorry :'3



tapi bob.kalau awak berani langkah mayat abang saya, SAYA KOREK KOREK MATA AWAK BAGI ANJING MAKAN.
bye.

Aku nak tanya ni

Kenapa lagu Tasha Manshahar di corong corong radio sedangkan lagu Fynn Jamal tidak ?





Oh, mungkin Fynn Jamal enggan.barangkali.



tapi woihh ! tengok bakatlah . come on come on FYNN JAMAL.
tengok buku dia pun dah meremang bulu roma aku. well, Hai tasha manshahar. selamat datang ke dunia seni penuh pancarobe.

Kak listen

LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN *Rasa nak repeat sampai tangan lebam*

When you do something and you deal with someone. someone you talk with, you scream with, laugh with, meronggeng with whatever it is. you did,  get to one point their forehead were seamy and especially guys, it means you really really really anoyys them.

look the words really was being repeated.





but then, it will be a great moment if the person does not.
there your bestfriend.
Never leave.





p/s tak semua manusia sejenis.tak semua manusia faham manusia.

Friday, November 15, 2013

Cinta Monyet

okay saya 19. tahu takde istilah cinta monyet lagi dalam hidup. haha.
Assalamualaikum korangg :D ni saje nak share topik hangat kat office aku sehari ni. well usually staff here will talk about their children, pampers, new tv drama, food they cook for families, err online shopping erm yeah husband.--" so takde masa untuk aku masuk campur. sebab kalau nak borak dengan aku. kena ada topik hangat pasal bola je. confirm aku bukak mulut. so tetibe akank akank ni (saje letak 'n' so sebut sengau sikit) punya conversation begin:

SUARA1: budak2 sekarang ni tengoklah panggil pasangan masing2 bie, ayang, ucuk lah, ma pa lah. ibu , ayah..
SUARA2: tulah ntah apa2 ntah
SUARA3: dulu time aku sekolah pun dah pakai dah. nak makan apa mama.eeii apa bendaaa lah
SUARA2: saya kak, sy tak suka mcmtu. masa bercinta dgn abang sy dulu pun takde nya nak panggil mcmtu. dan lagi pun abang saya tu pemalu.
SUARA4: cinta monyet lah dulu tu
SUARA1: akak pun abang akak takdelah nak ayat manja manja ke. haha. janji dia tahu akak tahu, dahlah.
SUARA3:kann. eiii entahlah budak2 sekarang ni, masing2 tahu hati sayang masing2 dah lah kan. hurm.
SUARA4: baru nak kenal dunia kakk
SUARA2: haha ! tu lah budak2 baru nak kenal dunia.


*okay 4 orang je bercakap.HAHAHA.
jadi, BUDAK SEKARANG ! saya panggil awak ni, BUDAK2 SEKARANG sampai bila nak jadi buah mulut orang ? sampai bila nak dibenci ? kalau orang tu cakap saje takpe, tapi orang tu cakap guna hati, sampai menusuk jantung kalbu. kau mintak dgn Allah lah. dah menyampahlah orang tu cerita dia. memang takde siapa pun yang cakap salah kau nak tayang pasangan masing masing kau nak panggil hubby sangatt supaya orang tahu kau sayang pasangan kau tu tapi untuk apa ? kenapa kau nak bagi orang tahu ? kau nak orang tahu kau tengah bahagia ? heh. manusia paling boleh buat kau bahagia mak bapak kau. yang mula2 kasi kau apa je yang kau nak. masa kau 3 tahun, kau nak aiskrim ? nak gula gula ? semuaa dapat. tak bahagia namanya ? sekarang kau 13 tahun ? takpun lebih, mak bapak kau nak apa ? did you give ? DID YOU EVER GIVE ? bersyukur. jangan kufur nikmat. kalau ada bie sekalipun, sujud dekat Allah, mintak supaya hubungan diredhai dan kau tak semakin jauh denganNya. sebab belum tentu esok lusa bie kau masih hidup. masih ada sebelah kau*senyum* ye ? budak2 sekarang ye ?

boleh lah saya katakan budak2 sekarang ni mcm budak2 baru nak up.
ada dua yg baru nak up dalam cinta dan baru nak up dalam dunia *angkat kening skett*
adikkk, baru nak up dalam cinta adalah bila kau perasan bagus sangat dengan pasangan kau tu. macam macam erhh mcmana aku nak cakap ah. takde pengalaman.hahahahhaha well. pandai2 korang ah. macam kau laagi bagus ah dari partner kau tu lebih kurang ah.


budak baru nak up lagi 1 macam kau,. aduhh camne ah. macam batak haaa kau tau tak ? batak tu, yang nak try sumeee benda pastu nak semua orang tahu kau ada benda tu. kinda off lah. ye :p jadi kepada budak budak baru nak up luar sana, hee boleh nak ada perasaan mcmni. sebab kita manusia kan., perasaan adalah sesuatu yg tak boleh dikawal. so ia boleh terjadi tapi sedor diri sikittt. awak tu menumpang je kat bumi ni. pakailah kereta besor mana pun. shawl mahal mana pun, barang gah macamana pun. kiamat akan tetap sampai :) so seriously, dont make it longer cause it will effects when you think you still have time. atau kadang2 ada yang dilahirkan utk dikelilingi dengan cara mewah. cannot be blame but still put Allah first okay ?


*sayang korang ketat ketat*

Tuesday, November 12, 2013

Rugi Rugi


 ah sediiih sangat ni :'(









LOOK AT THAT. MY SPEAKER PHONE HELL JAMMED. 
kenapaaaaaaa :'( dah lah takleh nak call orang call pun tak dengar. *sobsob yang paling sakit dapat free call. W-A-S-T-E-L-E-S-S



yang text dengan my supermom ni,hahahhaha setiap pagi i saw pasar cina dekat desa setapak. i really wonder are they do selling the same with pasar malam melayu. hahaha. so teringin nak pergi. tapi ibu cakap jangan mengada :p


Goodnight dear reader :)

Thursday, November 07, 2013

Dulu espeem, sivik camne ?

Jalan jalan di tengah kota *uhulalalalala


Pedestrian1                                     :uhukkkkhhhhoooiiiikkttuiiihhhhh!
Pedestrianmacamcomeljep              : HOIIII *terjerit sebab betul2 sebelah
Pedestrian 1 pandang macam *eh pahal perempuan ni
Pedestrian macam comel tadi. ahayaa ini tempat jalan ma. P-U-B-L-I-C bukan lu sorang punya maa.haiya!

one of conversation between me ehem yang pedestrian macam comel jep tu I lah :p dgn sorang apek. look berapa tahun duduk Malaysia. this is what government give us. show some appreciation lah tayunk tayunk --' geli sial kau nak buaang kahak pulak. aku buang hidung kau nanti.




tahu takut.

Thursday, October 31, 2013

Jangan sombong sangat Solahudin Zaini !

Aku balik awal harini. saaaangatt awal hewhew. sakit perut sampai rasa takleh jalan kalah orang gemuk gedempol. tapi tnggu bas mak aihhh setengah jom kot.lama and penat gila wooh. and suddenly takdelah sudden ada beberapa bas rapid yg ssewa khas i don't know for whatt kat depan grand season tuu. haisy. and i met uncle driver ni yang senyum tah pape tiba tiba kat aku. aku pun mcm biasa fkir dlu. kalau tak snyum balik mcm kurang ajar, dosa. so just senyum biasa. pastu lepas nak dekat 10 minit dia tegur "dik, jgn berhujan" i was like yelah mmg takleh nak berhujan sbb aku tak duk bawah bumbung tnggu bas tu, yang gedabak bas kau depan bustop ni mende ? aku nak tengok camne bas kat belakang2 tuu ? herr. aku dah panas dgn sakit perutlah pebenda.aku dah malas layan pakcik bas terlebih mesra nii

lepas lebih stengah jam, aku dapat bas. naik "Seksyen2" dia tukar tiket. aku nampak driver tu tukar tiket. pastu nak dekat duduk kira baru naik ah. aku tngok tiket seringgit. aku g depan "tadi saya bayar rm2" pastu dia boleh bantai pandang aku mcm nakkasi penumbuk. aku aisyyy pahal dia ni.padahal sah2 tengah drive. pastu laaaaaju gila kot dia bawak. sumpah laju org dlm tu smpai jatuh2. dia pandang aku pastu dia kata. duduk jelah ! pastu bising2 lain kali katalah rm2 !!. shit. aku macam.. aku dah ckp kot seksyen 2. bawak dah la mcm apa. weh, aku lepaskan bas metro 2 lah tauu langsi sbb tunggu kau ! siot. dia ni aku rasa sivik masa sekolah dulu cofirm failed. satu jelah aku nak tanya



KAU PERIOD KE SOLAHUDIN ZAINI ?


#akureportpaklongsiasiapulak.

Tuesday, October 29, 2013

Aku mahu tahu

tepi tepi tepi.aku nak nyanyi :D
KOKPING BEST GILERRR (Y)




Mata tua yang memandang aku itu--
Bundar
Pudar

Dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
Katanya, “biar”.

Wahai ayahanda
Berhentilah walau sebentar
Dan renungkan mataku yang melaut
Khabarkan yang jujur dan ujar
Apa menyerabut?

Wahai ayahanda
Bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
Akukan lemahmu
Perikan penatmu
Kisahkan jerihmu
Aku mahu tahu

Mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
Harum
Senyum

Dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
Katanya lagi, “biar”

Wahai ayahanda
Bisikkanlah walau sekali
Izinkan aku menumpangkan bahu
Berikan aku seperca dari beban kamu

Wahai ayahanda
Lihatkanlah aku
Berlari kini
Melompat tinggi
Setiapnya kerna kau tak pernah pergi

Ah, apa masih ingat lagi
Aku suka lari-lari?
Kau bagaikan tak peduli
Ku biar kau patah hati

Ah, apa masih tidak lupa
Tengking jerit sama-sama?
Makan tak mahu semeja
Sahabat lebih berharga

Ah, apa mampu kau sudikan
Ampun maaf ku sujudkan?
Bisa tidak kau teruskan
Ku sesat kau tunjuk jalan?

Ah, apa layak aku bagi?
Tak terbalas sampai mati
Kau sungguh yang paling tinggi
Istanamu syurga nanti

"BIAR-FYNN JAMAL"

Tuesday, October 22, 2013

Term#1

Athazagoraphobia

A fear of being forgetting, being forgotten or ignored or being replaced.



:3

Monday, October 14, 2013

Lenchai wangsa maju



Hai hai. Nama gua Qayyum. Orang kampung panggil gua lenchai. sebab gua handsome. gua lagi handsome daripada lu bro. sebab gua lagi handsome dari abang gua. Orang bandar panggil gua Qay. Perempuan dalam gambar atas ni selalu cakap kat wa " Qay tahun depan gua nak lu pergi sekolah. lu belajar rerajin qay. jangan nakal dalam kelas. jangan gatal- gatal"


okaylah pis no war =D

Saturday, October 12, 2013

We couldn't go


"BINATANG PUNYA PEREMPUAN, CAKAP SEBELUM NI PUNYA KENCANG NAK SETIA LAH, JANJI TELEFON LAH, DAH JAUH MACAM NI BOLEH PULAK DIA DATING DENGAN LAKI LAIN. FUCK LAH WEH!"

or


"MACAM NI RUPANYA PERANGAI SEBENAR KAU NI, PENAT AKU RINDU, SEGALA - GALA MUSNAH BILA DIA BERJAUHAN DENGAN AKU, DIA PERGI CARI PEREMPUAN LAIN. BABI PUNYA JANTAN "







Kan ? orang bercinta kadang kadang ramai cacat otak. orang kata lah.

Tuesday, October 01, 2013

Business lah

Assalamualaikum Allah's creations :)
Thank youu for still readiing this. wanna welcome Octoberr !! hoyeh. ayah birthday on 26. i'm gonna bake a cake .tehee.
so should start the day with Bismillahirrahmanirrahim, have a great faith so forget yesterday walaupun lagi hurts dari cinta cintun :( harap semakin mendapat keredaan allah dan menyemai cinta kpdNya banyak banyak ! jap kalau tengok kalendar, ahad will be first of Zulhijjah. you know what you can make on Zulhijjah for apart of boost up iman tips :) korang should tahu ah apa kepentingan bulan2 ni atau apa korang boleh buat based on these islam month, sayang kot kalau taknak amik tahu --" dalam Alquran banyak cakap pasal bulan bulan ni, kita kena tengok ah bukan Allah bagi benda tu saje je. apa apa buat pun sepanjang hidup kena refer Quran. tahu kan ? kan ? *tapi tak buat. lepastu sentiasa mengingati Allah, yg ni should tapi perbanyakkan dlm bulan ni especially 10 hari pertama Zulhijjah. ce try :) selalu kan sebut la illah ha illah allah dan alhamdulillah, bangun tidur, nak tidur, nak makan, nak study, dapat result, dapat sakit, instead semua lah. haa. Sunnah kalau kita bertakbir daripada subuh 9 Zulhijjah sampai Asar hari terakhir Tashreeq. hari Tashreeq 11 sampai 13 Zulhijjah okiess ? takbir macam nak raya tuu, lagipun kita nak raya korban kan. 9 Zulhijjah tu lagi comel kalau puasa sbb tu hari Arafah. hadis kata, segala dosa kita yg lepas2 yang tak sempat taubat, akan diampunkan. MasyaAllah! kalau yg kat Arafah tu, mustahhab utk dia puasa (highly recommend) :) then, aktiviti qorban walaupun dia tak pernah wajib, sunnah. tapi digalakkan utk buat korban. kalau boleh every small mosque utk setiap kawasan should buat.

"bukan darah yang dikorbankan yang menjadi penghubung antara Allah, namun taqwa yg membuatkan kita sampai kepada dia"- SURAH AL HAJJ

lastt, kita boleh banyakkan doa utk org sekeliling, ibu , ayah, kakak, abang, semua ah family, sahabat, haa org2 yg pergi haji terutama family korang ah kan. doa supaya perjalanan selamat dan dirahmati Allah. ni sikit sikit ah nak share. macam yg AKU SELALU CAKAP, eh taip. aku buka bagus sangat tapi aku nak kita sama sama fikir rasional of these thing. kena jugak fikir walau sikit. sbb samapai bila nak jadi jahil ? bila dah dapat fikir, apply it :D






TAKNAK TAKNAK TAKNAK TAKNAK LAH RASA FRUST MACAMNIIII. FRUST FOR LK SANHAT :'( KENA STAND UP STRAIGHT IZZATI ! NO DROWNING. HOME SOON :)
#AKUHARAPSEMUAOKEY.TAKMACAMAPAYGAKUFIKIRSBBAKUNEGATIVETHINKER.

Pagi Oktober punya kecewa

apa kau buat ni ?
apa ni ?
apa ni ?
apa ni ?
apa ni ?
apa ni ?
apa ni ?
apa ni ?
apani ?
apa ni ?
apa ni ?
apa ni ?
apa ni ?
APA NIIIIII ?
lepas ni tak payah berhensem.
#akupunpelik.perempuanpunyafeeling,brother.

Friday, September 27, 2013

Lepas ni CSC134 woi !!

Itu lah orang dah bagi test pukul 9, kau nak jugak pukul 8. kelam kabut kalut apa ntah, kan dah jumpa jodoh *bumped to each other* auchhh. lecterur woi ! sorry sir anwar :D



#sekarangceritanakdemampulaks.

Wednesday, August 28, 2013

Run away before you drown

UITM JEKE >  MASJID KERAMBIT> CAMPSITE NEAR KEM SLIM> BUKIT LOWICK> JALAN COUNTRY LODGE> JALAN BERAIR(NEAR TO BASECAMP)> FOOD CAMP-ING rather than gerai2 makan> JERANTUT> UITM JEKE at 1825.


haih.lepas ni nak duk rumah je, masak.
NEXT: CHERATING, KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

Tuesday, July 16, 2013

Tiket balik raya

IBU, BOLEH TAK ATIE NAK PONTENG KELAS SEKALI JE DALAM BULAN PUASA 
NI ? PLEASEEEE.
KIHKIHKIHH :P



Salam rindu gila,
NUR IZZATI ZULLKEEPLEE :)

Wednesday, June 26, 2013

Takut takut sudah membusuk~

CAUSE I MISS YOU GUYS A LOTTT :(


JAGA DIRI DENGAN BAIK DAN BELAJAR DENGAN GIGIH GANGS. RINDU GILA KAT MOMENTS KITA LAST SEM. KELAS KITA MEMANG BEST *ARGH LEAKING (TAK SANGGUP )

Terima kasih Tuhan kerana mengizinkan perkongsian hubungan persahabatan ini.Semoga kekal terus sampai ke syurga. eceh :p lah apa apa jelah,management tu.mak aku selalu sgt cakap biar orang buat kita jangan kita buat orang. so what's up ?tapi jangan saling lupa lah each other my gegel pleaseee ?3 sem kau nak tahan relay ni bukan senang kakak so please do contact when free.Malam tadi nampak Zahir,atas motor > nampak sangat dia rindu aku --" HAHA. aku jerit maaaeeeetttttt :D kbai.



haaaaa.hahahah memang taklah kan.cemni ah kalau dah balik. sebab tu aku malas balik --"

Saturday, June 08, 2013

EARTH- kuarantin kelas 1



Bodoh apa belum masuk lagi dah nak cepat lah habis semester --"

banyak masa cuti aku ni aku habiskan untuk belajar drive.belajar je boleh takleh amik lesen nanti adik beradik aku kata aku anak emas nak lesen dapat nak handset dapat nak kereta dapat.HER.stress gua cemni boh.so aku belajar lah dengan abang ni kan abang yang memanjang pakai speck hitam.belajar dengan dia pukul 9 pagi pun dia pakai speck.aku nak gelak pun bantai dalam hati je lah.apa ke looser sangat kau ni bang ?pastu suatu hari ni,dia bawak aku belajar berdua sekali dengan sorang abam cina baya standard aku je kot.nak jadi cerita,masa balik jalan jem terukk.pfuih dia punya teruk mkaih teruk gila gua cakap.abang speck ni pulak apa angin tah dia mengantuk masa drive senang cakap dia tidur.haa dia tidur masa drive kteorang tapi dia pndai dia stop dengan kereta depan jauhh.so macam takpelah kan.yang chinese ni tadi pulak dia cuak gila tau,dia duk usyar je abang tu.muhehe aku pun nampak jugak.pastu dah nak dekat sampai kat rumah dia dia tnya abang tu dah berapa jam abang tak minum air? --" amikkaw!hahaha.pastu masa aku keluar tu lalu depan gate chinese tu dia mcm tunjuk bahasa tangan nak kata be careful abang tu mengantuk.aku teringat Ivan lahhh.heheeh Ivan pun penah ada conversation dengan aku pun topik ala aal be careful ye Izzati.hee. rinduu kat my chinese friends.SANGAT SANGAT :( abang speck tu pun tergagap gagap lah nak menjawabnya. pastu dia panggil aku pulak duk depan.aku rasa nak je ckp abang duk tepi biar saya drive lah sebab dia asyik gayut dengan bini dia kat samsung dia.macamlah dalam rumah nanti takleh nak gayut.haih.


Esok esok pulak aku pergi training dengan sorang mix ni.perempuan islam nama dia Nurul Sardia.dia mix pakirab.tahu tak apa pakirab ?pakistan+arab.hehe.perempuan ni aku takpelah aku cerita lah mula mula aku berkenan gak dgn dia.bukan nak buat partner.nak buat mmber --"awal training tiba2 masa nak balik dia tanggal tudung aku jadi pelik.Satu,cerita dia bukan mainlah berapi.dia cerita semua pasal family dia,pasal studies dia,pasal boyfriend dia pastu tanya nama boyfriend aku.wadde ? :/ banyak gila dia cerita pasal dia penah test sebelum ni tapi failed.ha pasal dia minat gila kat abang speck tu.yg ajar dia jugak.CHOII. aduh aku tak faham ah.dia kata dia belajar 20 hours.the first 2 hours i cant even make any focus towards the driving.he stole my attention.Ya Allah,*tepukdahiseplohkali* siap tanya aku lagi.you boleh focus ke kalau handsome guy ajar you.haishh.abang tu smoker.memang tenuk tak handsome langsung kat mata aku.aku taklah cakap mcmtu depan kakak sorang ni.layan jelah.karang failed pulak kutuk cikgu.


TAPI CERITA DIA MEMANG AKU MALAS LAH BALIK KAMPUS.
Assalamualaikum readers :D

Wednesday, June 05, 2013

Translation

On one fine dayy, dalam kereta ayah saya a song of Dato ac mizal and fida terdengar dlm corong radio.amikkaw. so kakak ipar saya tnya apa maksudnya atie dlm 1 baris ayat of the song lah.dia mmg pure kl so mcm kesian ah kalau balik kampung,cousins from negeri sembilan ke borak dgn dia,kan.kesian kan.tapi sebab saya nak pergi dah,and youll be missing me like you just do so take this sister :)


Jang oh Jang
Mano pulak poi eh budak bertuah ni
Sonyap yo
Siaplah jang oi
Kobau tu tak boghi makan lai


okey jang tu mcm panggilan lah,emm abang.ha lebih kurang ah.
mana pulak pergi budak bertuah ni
senyap je
siap lah abang
kerbau tu tak bagi makan lagi
:p


Batu kikir jambatan bosi
Gulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo aih




Listen up
Listen up
Listen up

[AC Mizal] Rap:
Apo kono eh jang, tengoh malam telanjang
Eh ko dah bosar panjang
Napo duduk tolontang
Polik bonar bunyi ae
Macam da tak perlu hei
Tapi cubo ko dongar, ini pokaro bonar
ko tongah Ko topi kobau ko pon dah mati
Korek tanah masuk lai dokek Kuala Pilah
Eh ko tengok muko dulu muko ko pon dah bebulu
Poi cukur la dulu, badan ko bau lombu

Apa kena bang,tengah malam telanjang
kau dah besar panjang
kenapa duduk terlentang
pelik sangat nampaknya
macam tak perlu
tapi cuba kau dengar,ini perkara benar
ketengah ketepi,kerbau kau pun dah mati
korek tanah masuk lagi dekat kuala pilah
kau tengok muka kau dulu,muka pun dah berbulu
pergilah cukur dulu,badan dah bau lembu



Chorus:
Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo teghosa
Carian ubek penawa duko

Apa kenanya bang,kau menung je
orang ke bulan kau kat mana ?
muka berpeluh apa terasa
mencari ubat penawar duka


Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan temonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi
Apo dikonang pekaro yang sudah

pergilah mandi hari dah tinggi
jangan termenung meneman tangga
ke sawah kita menuai padi
apa dikenang perkara yang sudah

Apo kono eh jang, apo dikonang

Si milah kau gilokan
Orang dah masuk meminang
Mano den lotak muko
Kondak kau jang diambik orang
Biar omak cari an lain
Ompuk orang jangan diidam

Si milah kau gilakan
orang dah masuk meminang
mana aku nak letak muka
kehendak kau bang diambil orang
biar mak carik yang lain
milik orang jangan diidam

Listen up
Listen up

[AC Mizal] Rap:
Dah den kobar an dulu
Dongarlah cakap cikgu
Banyak-banyak membaco
Bosar nanti bojayo
Cordik macam anak tok wan
Sobolum jadik kayo, jangan malas bokojo
Kono kuek osoho
Masak lomak cili api, minum kopi, cicah roti
kocik pogi mongaji bosar jadi montori
Eden ado berposan janganlah ketinggalan
Hidup ado panduan Al-quran jadi pongangan

Dah aku cakap dulu
dengarlah cakap cikgu
banyak banyak membaca
besar nanti berjaya
cerdik macam anak tok wan
sebelum jadi kaya jangan malas bekerja
kena kuat usaha
masak lemak cili api minum kopi cicah roti
kecik pergi mengaji besar jadi menteri
aku ada berpesan jangan ketinggalan
hidup ada panduan alquran jadi pegangan


Ke jelobak ke jelobu
Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den…
Kato ongah den…
Kato ocu den

[Ulang Chorus]

Dah den koba an dulu kumpo kan duit
Pinanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kito mengumpo belanjo
Bekonan den si milah buek menantu


aku dah kata dulu,kumpul duit
pinanglah cepat,ni kau tangguh kan
kesawah kita mengumpul belanja
berkenan aku dengan milah buat menantu


Apo kono eh jang, apo dikonang

Apo lai kau sosakan
Menghaung tak ado guno
Milah kawin minggu dopan
Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang
Asik dikonang merano badan

Apa lagi kau susahkan
meraung tak ada guna
milah kawin minggu depan
melopong kau berputih mata
jangan lagi dikenang kenang
asyik dikenang merana badan

Asik tekonang merano badan
Asik tekonang merano badan

Bekocak air di boting
Limau manih betaruk mudo
Bio becacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo

Apo kono eh jang, apo dikonang
Ooooo...

Source: http://www.lagubestbest.com/2012/10/apo-kono-eh-jang-ac-mizal-fida-lirik.html#ixzz2VMZkUKyH



so thats it.hee. penat jugak do takut tersasul.hahah yg font besar skit tu,thats the translation.i know my sister will read this,harap bermanfaat :)


goodnight and assalamuaikum semua :D

Monday, June 03, 2013

Oh cerita dia

This is so called hashtag ya gang! it is used when you want to let someone that related to your event updated.Or it is used when ahh you let someone know about what youre doin today so you'll put your someone name's up. Or sometimes it is used to let people know what youre doing.ermm yeah.likelyyyy. so guys, dont simply used this tag for no reason. for such searching for market thing.This tag famousing is thru Twitter so dont blame me if i just know this thing is so called hashtag --"



#########################

bye.

Wednesday, May 29, 2013

Ku tahu,luka itu perlu.



Bunga tanjung Bunga melati,
Kembang tujuh dibulan terang.
Tinggi gunung sama didaki,
Dikala jatuh mengapa seorang -IMRAN AJMAIN


One of my fabret singer :) tehee.Nak sangat jumpa dia.tolong sorang ?okey sikit pasal lagu.apa yang buat sesuatu lagu tu sedap di pendengaran ?lirik ?lagu ?penyanyi. mcm ni,semua lagu dia membawa maksud.cuba awak semua fahami.kalau nak ikutkan takde lah nak kata lirik dia kena batang hidung ke apa tapi feel of the song tak menahan tu.Semua lagu beliau. so macam kalau seseorang kata lagu tu sedap dan kau pulak nak kata seseorang tu memang takde taste sbb layan lagu melayu,lagu Imran ajmain contohnya.contohlah.kau silap.Nilai sesebuah lagu tu.feel the sense ! HEHE.

Tuesday, May 28, 2013

Seven E vs Pasar malam

Salam :)

Aku macam wonder gila.gila vavi.apahal seksyen 2 takde pasar malam do ? dah satu kerja pulak aku nak kena  menapak ke seksyen 1 tu sampai berpeluh peluh semata nak beli meggi goreng.HAHA padahal boleh je buat sendiri.saje nak feel pasar malam tu.Dah lama kot aku tak pergi pasar malam bukan tak layan tapi sebab tu lah.malas menapak.pastu lalu stesen LRT tu pulak, rempuh reramai ntah bontot siapa aku tergesel.kan ?cam.. tak best kan ? Naik kereta sama jugak.Mana ada pasar malam yang kau boleh bawak kereta dan berhenti betul betul depan gerai abam jual roti john tu ?takde maknannya. Kalau orang bagi kau hadiah harijadi yang dibeli dari pasar malam,er maksud aku tak kisahlah pasar malam ke kedai dua ringgit ke ehh tu kejam sangat.hmm macam lastly kau tahu dia beli kat mana dan harganya.kau bising tak ?Aku macam tak kisah bila aku jumpa hadiah yang orang pernah bagi aku 5 tahun dulu harga dia lima hinggit --" takpe, janji orang yang bagi tu ikhlas. kalau masa dia nak beli tu pun makcik dia yang suruh beli,baik tak payah.cehh.or mungkin hadiah tu dah turun harga. eleh takyah bagi takpe. aku dah biasa. ehh ?aku tak kisah janji kau wish.(tetibe)

so malam yang semalam semalam tu,lepas makan kat Heaven kitchen.tahu dok katne ?ha selekoh sebelah gerai orang jual derian.Ayah aku suruh turun SevenE belikan dia topup.habis katanya.atototo :p jadi aku pun dengan patuh menurut perintah turun masuk seven E pkai baju kurung (coii) mintak abang kaunter eh abang kat kaunter maxis RM30. pastu dia ulang 30 ?aku mcm ayu ayu 'ye' sambil senyum.pastu tengah dia picit2 mesin kecik tu.aku layan muka abang tu. mak aih. muka macam Abang pian.HAHAHAH.
(Abang pian tu ehem ehem.. abang pian tu.. emm ala,abang*dusshdush)


Selalu orang eja seven eleven for short mcmni kan seven E ke ?atau 7E kan ? tapi haritu balik shopping tunggu ayah aku tunggu punya tunggu.*titt tit
(biasalah bunyi sms nokia cikai)
'ayah kat seven 11 dah ni'
hehehehehe ayah ayah :D


Jadi,apa bezanya 7E dengan pasar malam ?^^