Simple shawls in 2 minutes ;)

Monday, April 27, 2015

NI LAST POST. INGAT SERONOK KE BERGELAR BLOGGER ?

hiuhiuhiu.
tipu je.
last post utk bulan april kot haahaha. hai korang :) been good ?
hmm post ni still pasal kesedihan guwa dan keratapan guwa setiap kali guwa nak tido guwa melalak ingat kat lu. HAHAHAHHA. pasal kesakitan guwa yang tah pape, well sebelum2 ni guwa tak pernah pun nak tengok contain ubat ubat yg guwa telan. yg guwa tahu doktor cakap bla bla guwa balik makan ubat 2 3 hari guwa stop makan. tu je. tapi lately ni guwa taktahulah nak cakap jenis ujian ke guwa kena lebih perihatin ke camne ubat guwa telan tu boleh pulak seafood and ubat tu ubat kaki. korang bayang jelah serupa apa kaki guwa boleh baik camtu ? herrr. guwa sabar lagi ni. guwa ni allergik seafood tapi kalau dalam nasi goreng ke kuey tiaw hailam ke guwa bantai je. sampai lah sekarang ni guwa kena skin side effect pulak. gampiang. habis rosak kulit muka guwa naik bijik bijik alaa kira jerawat ah. tak pernah pernah lagi rasanya. kalau pernah pun maybe sebutir, guwa boleh tahan lagi. ni habis penuh satu pipi guwa yang besar nakmam ni. mmg tak boleh blah ah. guwa pun cerita kat guwa punya doktor kaki, guwa cakap doktor ini muka guwa ni apa cerita lak pastu doktor kata, takpe takyah makan dah ubat tu. 
--'


tetibe pulak guwa dapat idea pasal mcmana sakit kaki guwa setahun lepas boleh datang balik tp doktor kata puncanya berbeza ah. maybe sbb guwa jogging dekat titiwangsa awal tahun haritu hahahhah. lepass gian. bangang. doktor punn boleh tahu, guwa tak tanya lagi agak agak bila saya boleh lari balik doktor rilek jawab takpe nanti raya saya maksure awak boleh aktif balik mcm biasa. mah. mcm biasa wuuuu. isnyaallah dipermudahkan :) pasal muka pulak guwa bukan nak berlagak apa lah tapi mcm biasa hahahahah belog guwa lu tak suka lu punya pasal lah. so guwa dah setahun gak ah guwa biar produk HADA LABO bermaharaja kat muka guwa. produk jepun memang tuuu haih. minat gila guwa memang comel gila. dia ada Gluconic acid which are suppose to keep in with our skin sbb dia ada water contain yg biar muka kita moisture agak sesuai dgn cuaca msia ni haaa. hahahaha sbb pernah je keluar MHI dia kata kulit kita mmg ada acid cuma semakin tua semakin kurang sbb tu kita kena make sure dia dlm kuantiti yg sepatutnya,tak kurang. contain utama dia jugak jojobo oil which aku rasa bagus mmg ah mula2 tuu nak stable kan mmg rasa oily. mcm tah pape. tapi dah lama2 okay dahh boleh serasi gittuww. ada  banyak function lah utk moist kulit, utk putihkan utk kekal muda anddd so on. and ada pencuci, toner, krim, bb cream puunnn ada. korang yg still tercarik2 tuuu should try lah. takde masalah. tapi guwa tak cakap hasil dia korang boleh jadi mcm kulit pompuan jepun/ korea. yg guwa sendiri takleh kasi contoh. guwa mmg haprak sikit korea morea nih. cuma korang boleh rasa  differences lah. huhu. anddd alhamdulillah kulit guwa yg rosak sikit ni dah masuk proses pengeringan. ngewwww. hada labo ni takkan prevent kulit kau dari naik jerawat. jerawat naik gak ikut hormon, time stress time period. tu normal. cuma kalau naik jerawat beso sekalipun kau mcm susah nak layan ah. ssh nak picit dia mcm tak  masak habis pastu dah mati situ. camtuuuuu je. so sekarang dah mengering. insyaallah last four days saaaaangat teruk. jangan kata nak pegi 7E sebelah rumah. nak alih kereta depan rumah pun malu apakk. haih. sebenanrnya bila dihitung ceh difikir balik, sakit aku ni banyak jadikan aku lebih bersyukur. yela everytime aku rasa ada improvement pasal kakii ke pasal asma ke aku rasa alhamdulillah sangat sangat. Allah mmg takkan bebankan hambanya. masa kau baru sakit memang. down nak mati. tp carik jalanNya balik, jgn alpa jangan jauh sangat tersasar. heee. mudahan laaa dgn berkat usaha dan doa korang yg tak putus putus guwa boleh catch up balik semangat guwa yg kekadang kelaut tu.
hahahahha ok.till here. take care there ! :)

Saturday, April 18, 2015

B U L L E T P R O O F (1)

Sebenarnya


yang kau mahukan
sebenarnya bukan aku


hanya saja;
aku adalah yang tanpa sengaja kau jumpa
di saat kau hilang semua.


yang kau perlukan
sebenarnya bukan aku


hanya saja;
aku adalah pilihan yang kau ada
untuk merawat luka kau yang bernanah
untuk lupakan kisah hitam kau semalam yang celaka.
#ceriterajiwa

Friday, April 03, 2015

#lanjerkit







Terangi malamku dengan syair indahmu
menenun kasih dalam sepi yang terasing
saat kau pergi
lemasku bila tiadamu

Jauh, terbawa lukisan hatimu
hilang mencari dimana kau pergi
tinggal aku menahan luka ini
sampai harusku pergi



Menuju aku kepadamu,jadi satu
meraih kasih kita
Engkau bagaikan bintang bintang diangkasa
hanya mampu melihat kamu yang terbiar
walaupun sakit
walaupun pedih 
tak berdaya.

Jauh,
terbawa lukisan hatimu.

Thursday, April 02, 2015

I am insist

I am sorry  if my blog post recently are more to sadness/sorrow or mourn. Aku sangat berharap tuhan masih dengar aku walaupun aku hambanya yang susah nak tunaikan apa Dia minta. dan entri ini khususnya adalah utk mntak tolong korang semua tolong doakan aku cekal untuk 4 hariii je. lepastu aku kena letak harapan lain pulak. sepenuhnya kat Allah. first harapan aku yang tak berapa nak jadi( takde hasil) bila aku pi pusrawi sendiri pastu balik ayah bising2 kata bawak balik ubat sebeban, tapi baiknya tak jugak. i knew ayah tired from work and tired of seeing me suffering. well, i also knew ayah obviously concern about 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul' i don't know. I just can't get fed on these up yet. i'm just 20. I have a dream to go mekkah with my parents. and hopefully He give me permission for that. yang lagi takleh blah, aku ada ubat ni first time kot sepanjang hidup aku aku telan bendalah ni. PREDNISOLONE (5MG) which bawah dia ada tulis steroid. the kind of good drug i guess. hehh. so for now, i have to take 2 biji 3 kali sehari. so jadi 6 biji sehari. aku taktahu apa sebenarnya function dadah ni --' but doc. cakap ada infection sikit and aku jugak tahu sepanjang 20 tahun 8 bulan aku hidup ni aku takdelah baik sangat tp kalau dah ajalnya taknaklah aku punya kisah masuk paper dengan tajuk seorang gadis ditemui mati kerana menelan 6 biji ,5mg prednisolone (steroid) sehari. sedih famili aku nanti. harrr. so korang siapa siapa yg rasa rajin buat research utk aku hahahhahaha kasitau lah menatang ni apabenda doh. bila makan lain macam jadi. mmg indah mcm amik dadah betul2. badan gigil2, sejukk lain macam, berpeluh2 takleh tido. haa. and aku ada 36 biji nak kena telan. errghhh. apa ni? korang kena tolong aku. tolong doa banyak banyak untuk aku. tau ? tolong doa aku sempat sampai final dan jawab dengan cemerlangnya! hoyeh. hmmm aku selalu spoil time final :'( taknak doh kalini. pleasee weh. nama aku kena ada dalam doa korang. kena cakap kimia dengan properties aku wajib A. mahmah. terima kasihhhh yomkit! hehe.


first papan dah habis. masih tunggu sinar sihat ;'( batuk still kuat selsema takleh blah level paradigma. ya Allahh bantu hambaMu ini nakk pegi finalllll nak score chemist. ecceh.

Sunday, March 29, 2015

Celcom gak seronok

Kawan lelaki: sy ada teka teki utk awak. Kenapa perempuan masa pakai tudung dia tiup2 tudung ?
Kwn girl: sbb dia malas pakai shawl.
Kwn lelaki: kaaahhhh kah kah kah ! Atoto asal sweet gila doh kau lekhnatt ?!
Kwn prmpuan : --"

Tuesday, March 17, 2015

Haha kau silap orang lah bro.

Haha asyik nak letak conv je kat blog. Eh sukattiii lah. Okay so ni perbualan yg sangat menarik antara sy dan sorang 'bff'
Hahaha no. Gf.
Saya: hmm kadang2 i rasa guy really hard to make a move on. Perasan tak ?
Dia: eh. Perempuan lah lagi teruk. Dah kena game kaw kaw
Saya: i don't know. Rasanya lelaki amik masa saaaaangat lana utk lupakan seseorg. Prmpuan nampak lebih teruk sbb dia emosional. Ala perempuan.
Dia: eh yekee. You ni tak mcm menyebelahi prmpuan punn.
K dah aku dah diam. Hahhaah dah kalau tak sependapat. Khenn. Nak buat apa lagi. Blah ah. Hahahha 
Well actually that best girlfriend have lost my respect towards her. Bukan sbb perbualan tah pape tah ni. Hmm sbb ntah. Aku pernah igt dia lah prmpuan paling kuat yg boleh tolong aku jadi kuat jugak. Tapi tak. Skrg punn maybe faktor ada kekasih so dah pandai tegakkan pendapat sendiri. Aku paling mnyirap act mmber yg ada problem dgn balak balik2 nak maki2 aku mahuu aku kaki kan jugak. Heh. So after this lonnngggg friendship aku perasan dia taklah kuat mana. Korang describe prmpuan kuat tu mcmana ? Tak nangis semenjak dia belasan tahun ? Sejak begelar remaja ? Hahhha entah. Aku pun tngah belajar ni. Tp aku tak rasa prmpuan tak nangis tuuu kuat. Kuat gila. Sbb nangis boleh bergantung niat. Nangis sebab dah terlalu lama tampung beban. Itu kuat. Nangis sebab kena game, tu bodoh. Muahahhahah. Nangis sebab lelaki ? Tngok dulu kalau lelaki tu yg berjaya buat kau hidup sampai sekarang. Then you may cry bila mungkin lelaki tu dah tak lagi kat kau. Haa camtu. Hmm mcm this latest case. (Ceh) i had little argue kot dgn classmate aku, lelaki. Ntah camne ahhh. Camni kot aku dah set mind aku. Bdk lelaki kat U mmg takleh pakai. Mksud aku assignment angkat org punya, test quiz meniru bagai. Sbb aku pernah nampak. And minda aku terus tngkap benda alah tu. Sooorrryy ler. Bukan semua laa tapi. So then classmate aku ni tak dpt dtg kelas and suruh aku bgtahu miss. Boleh, bnda simple tp rasanya semua tahu kot tutur bicara tuuu eh ? Apa? Oh budi bicara. Nak mintak tlg buat lah gaya mntak tlg. Takkan gaya kuak lentang lak. Hmmm haih. Sedih la aku dak2 gini. Pastu marah2. Well lelaki. Dia fikir semuaaa kasi dak prmpuan je. Settle. Look. I'm not that girl yg kau ayat, aku boleh bagi 100% assignment aku. No. Hell no. 
"Izzati, nak tngok jap assignment kau. Ehhh senyum ah sikit baru comel"
Go die.



P/s: jumaat test, harini dok mengata org. Hihi

Saturday, March 07, 2015

Unexpected

Assalamualaikum :)
buat apa tuu ? dah makan ke ?
herrghh --"
sebenaqnya lah kan ni mai nak cita ni. jadi seorang komander masa dekat Unibesiti tak pernah lagsung jadi cita  cita aku.
secara ringkasnya cemni aku masa sekolah aktif silat, masuk U pulak silat gayong tah pape org kata pastu gediklah aku boleh kata hari hari ajak roomate teman jogging pagi pagi pusing kampus sebelum kelas. boleh nampak tak rajin dia mcmana ? gelap gelap tuu pernah sorang2 pun sanggup sebab terserempak dgn student U lain jogging dan katang DAN KATANG hhhhaha. and the one yang selalunya kena paksa teman aku, umi lah. so bila dah pegi training komander tetibe ada sorang encik ni pulak(senior komander) memberi harapan bukanlah hrapan apa tapi duk cakap aku rajin lah pandai kawat blah blah puiihh. hahahah aku yg takde niat tadi ni, terus berniat hhhahaha tp tak berapa elok niat tu. punya padu dan jitu semangat tu sampai dah berjaya dah punn pakai uniform hijau yg korang sume mesti cakap burukk gila sial ! *sbb aku pernah cakap gak hahahaa. bila dah berjaya ni ianya tidaklah seindah yang disangka. dapat duk kolej free ? kena rajin kemas bilik dan kasut sbb ada spotcheck. protokol pakaian blah blah blahhh hahhhaha meeting memanjang yang cuma free mungkin mlm selasa. siang jangan mimpi nak free. assignment kelaot. but that pass. apa yang dilepaskan kita lepaskan ye. ye. tak lepas jugak hmm taktahu lah.so then antara yg fun nya. antara eh aku ulang balik. antara adalah bila dah jadi senior komander and dahh hujung sem. so platun kawad yang kau jaga tuu one of them mungkin jodoh. erkkk maksud aku almost 12 week dah jumpa lepak dalam camping lagi hahahahah mana tak tangkap cintun weh. hahahahah tapi ini tidak sama sekali terjadi pada diri ini. sebab takde yg sudi sobsos hahahaha selalunya komander baik mcm yang jadi biro kesihatan ke sbb kena lap luka budak kan --" kena jaga bdk demam hahaha kalau aku ni selalu biro disiplin je --" haram siapa nak pandang. adeeh.
dipendekkan cerita
dipendek pendek haaa
hahah last week masa amik baucer buku ada student kor yang kenal dan memeranjatkan dia tegur i nokkss.aduh terharu.
conversation was like;
student: komander ingat saya tak ?
izzaticomel: sorry tak
student:alaa komander ni sombong la dulu bukan main kacau saya.
ERKK.
izzaticomel:err what is your name ?
student: laa kalau mcmtu baik sy kenalkan diri lagi sekali je mcm saya part1 dulu. skrg part4 dah.
izzaticomel:sbb ramai sangat student kor sy..
TAUFIK: 'taufik tolong bacakan tazkirah' komander ingat tak
haaaaa taufikkkk its been 2 years i was looking for you dan sekrg baru terhegeh dtg kat aku HAHAAHHA tak tak. that was not the conversation goes like. the real conv. biarlah aku dgn taufik je tahu hehe. and i appologize for being 'not recognize' him padahal duluuu masa dia baru masuk selalu sakat dia kot hahhhaah and pernah wish ada boyfie mcm taufik yang kuat mengaji hikhik. Semoga tuhan pertemukan kita lagi taufik! sebab kita bertemu haritu dalam dsg amik baucer sama2 pun sebab tuhan izinkan ;)
samaaa jugak mcm last sem masa naik bekho cemni ke eja ntahla hahhha pokyi asking me are you quit from komander ? demi tuhan aku terkejut sbb aku kenal pokyi first melalui woodtech. see how commander medium boleh buat pokyi kenal aku. huuuu hmmm bukan nak terharu sangat pun org kenal tapi rasa macam usaha yang sekecik hama selama ni orang hargai. hee insyaAllah, kerana Allah. and He'll give us moreeee.
okay dah goodluck for final guys :)

Wednesday, March 04, 2015

Kerana stalking setitik rosak moveon sebelanga






haiyyaaaaayayaaaaa bila boleh move on nihhhh. amaaaaaaaaaa :'(


doakan test i eshookk smooth je ogeh !

Thursday, February 19, 2015

Don't go experimenting with people lives. Don't.

Scrolling into these social media network these lately make me wouldd hell sick. Nampak budak2 batch dengan sangat bahagia derang dah habis praktikal which means tngah tunggu graduation daayy. Taktahulah knp aku sedih sangat. Down sangat. Walhal i choose to be in this path. Sepatutnya pun boleh buat taktahu je. Tapi ntah. Yang dari sesenyap senyap member punn tetibe upload gambar dgn supervisor. Dahh settle semua. So rasa macammm. Hem. I know i don't have any right for this. Asking you guys stop spamming. Yela post gambar dgn supervisor satu pukuul 10 pagi link pulak dgn facebook. Twitter mesti ah update jugek. Haa amik kau. Berapa keping hati kau dah hancur kan. Secara tak langsung ? Hati aku. Yg lain2 ada 6 org lagi yg sangkut kat jengka tu. Jap tuu pun perempuan je. Tuu baru satu gambar. Yg mmber ni pulak jenis sehari 6 7 update perrghhhh 😭😭😭. Aku tahu derang ni mmg takde niat. Haram sikit takde tapi aku jugak tahu derang bukan siot sangat smpai takleh nak fikir 80 org budak yg lepas sem 5 dah berjaya tamatkan LI update 10 status dekat 3 medium yg berbeza ? MAIGAAADDD. Tolong lah ya Allah aku merayu sangat2 kuatkan hati aku. Kuatkan semangat aku. Teruskan apa yg patut diteruskan. 5 weeks left, insyaAllah You ease everything :) aku tahu aku faham manusia biasa mcm derang tak pernah lari dari kekhilafan. Hmm
Know whatt haritu ada mmber sorang ni update kata budak2 yg tngah belajar skrg kecoh lah nak cuti seminggu kteorg dah habis LI laaahhh cuti terus habis dip terrusss. Tetibe tangan aku gatal lak pegi komen emoji nangis tu bebanyak. Sumpah. Takde niat pun aku nak dia tahu isi hati aku yang lebur berkepai time tuu tapi harituu saje penuh moment pasal dak2 dah habis praktikal. Bayang ke je ah. Hati aku ni fragile doh. And tak boleh blah malam tuu. Aku mimpi budak yg aku komen status dia tu, whatsapp aku and mintak maaf. Act aku tak mintak pun dia mntak maaf. Aku tak expect punn those thing bila derang dah happy sangat pasal praktikal dah habis. Haha aku taktahulah kenapa smpai mimpi. Maybe sbb mmber ni antara yg rapat dgn aku ah. Hmm takpelah. Yg mana lepas tuu kita lepaskanlah. Redho kanlah hati ini. Yg mana tak tuuuu. Asila lah meneruskan perjuangan. CHAIYOOKKK.



Tak sabarnya nak lepak dengan awak sabtu ni ;)

Saturday, February 14, 2015

3 things hell yeah you should know about Pasar malam

Ops. Silap. 3 things hell yeah annoyed me when im at pasar malam.
Pertama tamaa nya. Aku pegi pasar malam nak carik ni ah apa ekin panggil chicken ass. Alaaa yg 3 ketui rm1.20 tuh. Ha punya lah pusing pasar malam ni nak cari senonoh sikit pastu beli kat abang takdelah abang sangat mcm adik jugak pakai kepiah. Waaa manyak syiok wooo pakai kopiah sejuuuk mata memandang. Bukan pandang apa nak beli. Pandang dia tu. Ekin kata tak hensem takpe janji sejukkkk mata pandang. K dah habis sejuk ni. Time mntak order emm susah payah nak pandang aku. Yelah prmpuan kot. Tuppp time nak kasi balance. Balance 30 sen punya letak atas tangan aku macam nak angkut bawak balik rumahhh --" phuihh. Remjadah.
Kedua,
Dak2 lari lariii kat pasar malam. Okay lagi. Takde hal lah, budak2. Datang pulak tetibe sorang budak laki nangis2 terpa aku sambil jerit "mamaaaaaaaaa" ha kau ! Ni memang adeehhhh :3 siot serious tak boleh blah.
Ketiga,
Ha ni paling lanc ah. Title makcik jalan blkg aku bergesel2/ tolak2 sedangkan dia tahu depan tu jalan sesak. Please weh. Please. Aku tak kisah kau nak potong aku ke nak lari ke apa ke depan aku tapi please. Dont you touch me. Don't ever. Sumpah paling cb. Cerita dia kau makcik je dohhh. Kalau nak cepat datang pukul 3 tuu time laki kau tngah terbongkang kat rumah.
Hmmm --"


Korang ? Ada kan benda annoying kat pasar malam. Haih. Nak2 pasar mam jengka ni ha. Sbb tu aku malas pergi.
Dah bye.

Wednesday, February 11, 2015

Udin will be forever Udin

Okay assalamualaikum awaaa. Sihat keerrwww ? Muahciked.
Okay. Saje nak cakap i knew well recent issues on whatsapp pasal thick, blue thick double thick and so onn. Since benda ni sangat tak berapa nak privacy. Last seen on 2.35pm pukul 3 whtsapp mmber awat tak maii kelas lagi ? Thick(sent), double thick( received), blue thick( read) last seen (latest) 3.18pm HAHAHHAHAH tetibe terdetik apa ke bangang bangsat mmber sorang nih. Miss dalam kelas dah bebel2. Soo i was just updated my latest version of whatsapp taktahu lah korang sama tak camni, dia tak letak last seen dia just ...seen today 3.18pm hahaha which i think it was just the same. Last seen ke bila kau nampak dia ke kalau takdirnya dia tak reply haaa sememeh leeer. Hahaha tapi mungkin boleh bawak kurang gaduh sikit lah. Sbb tu bukan 'last' seen dia hahahh itu cuma seen on that dayyy. Kan. Boleh laa --" pastuu update insta jugak. Emm not much diff just nak tngok video klik sekali je sebelum ni kelas 2 kali sbb sound dia mcm private skit ah takut bising tetibe lak kan. Err bolehh jugak laa --" okay dah. Tuu je.


Boleh continue cover song yon :P

Thursday, February 05, 2015

Kalau aku

Kalau aku ni perampas aku yang mesej pakwe kau sampai 2 3 pagi hari hari
Kalau aku ni perampas aku yang ajak dia teman aku dinner
Kalau aku ni perampas aku punya gambar yang jadi wallpaper chat dia
Kalau aku ni perampas text aku yang buat dia sengih2 depan fon
Kalau aku ni perampas aku lah punca dia bagi banyak alasan dekat kau.


Itu lah.
Itu pun.
Kalau aku yang rampas.

Wednesday, January 14, 2015

Biarlah aku yang menyuruh pergi

I am sorry.



















Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa waaaaa waaaaa

Tuesday, November 25, 2014

Better love me right


Dear future husband,here's a few thing
you'll need to know
if you wanna be
my one and only only all my life.


Take me on a date
I deserve a break
And don't forget the flowers every anniversery
cause if you'll treat me right
I'll be the perfect wife
buying groceries
buying what you need


You gotta know how to treat me like a lady
even when i'm acting crazy
Tell me everythings alright


Dear future husband here's a few thing you'll need to know if you wanna be
my one and only all my life
If you wanna get that special loving
Tell me i'm beautiful each and everynight



After every fight
Just appologize
Even if I was wrong
You know i'm never wrong
why disagree ?


You gotta know how to treat me like a lady
Dear future husband, better love me right

*GOODNIGHT*

nak update lah sikit

ngahh ngah. i dont know just kind of pleased that when qaliq budak yg ibu jaga tuu can clearly call me 'titi' heeee Allah seronoknya mcm aku mak dia hahaha. well that boy supposed called her mom mummy tapi smpai skrg lg sebulan = 2 years old tak nak pnggil mummy daddy lagii hahaha tetibe titi! jeng! sooo touched :')

selepas daripada ituu, 
ha.
Qayum :) my best partner in crime. sangat best !
paling tak boleh blah bila dia keep mintak iphone aku, punya bergaduh ni nak kasi hahaha sebab nak pasang yaasin
hmm aduh. *jatuh cinta takkpun surah AlMulk. keeepppp repeating you know. sampai kalau boleh nak habis bateri. ha. nasib i ni takde boipren nak gayut 24/7 kahkah sampai qayum tak dapat memenuhi hajatnya so kalau habis bateri kat tangan qayum punn hemm takpeee :) aceeeyyy.
dan ada lagi tak boleh blah he saw my book from (buku hitam) tajuk maut sebelum ajal so ada gmbaran mcm syaitan as cover book and when he played yaasin he will put my phone right beside the book ;')


"titi, kenapa syetan tu tak lari?"
dudeeeee, bgtahu aku dok nak jawab apa ? HAHAHAHAH


CONVERSATION YANG BUAT AKU NAK NANGIS LAGI LAGI LAAAGIIII

*dalam perjalanan balik kampung
"titi,tuu apa?" (tunjuk bulan)
*aku dok hadap fon "ntahlah yum"
"tu BUNAN"
"hahah bukan bunan, tuu intan payung( saje bikin panas)"
"intan payung tu kau"


ha amik. makan sampai muntah <3 font="">

Sunday, November 16, 2014

Nah. ini kain mungkin boleh ganti yang lusuh tu ;)

That day masa satu kenduri ni duduk sebelah ibu tolong apa apa patut tetibe ada satu mkcik ni org2 kampungg la datang duk sebelah aku. dan sebuah perbualan terhasil

makcik:oh ni anak kau yang belajar Pahang tu nab
ibu: haa nilah. dia sorang je perempuan
makcik:eh nab menantu kau tu kerja ke ? kau lah ehh jaga cucu kau nab ?     --"
ibu: ha ah dia kerja kak. saya lah jaga. besan sy kerja lagi
makcik:ni nanti manaa lah menantu kau kan nab( tunjuk aku)
ibu:(pandang aku) haha haa mana tah. gelak dia kak.
makcik: ha adaalah tu. takpe kawan kawan boyfriend takpe. belajar ni, bf takpe.
ibu: dia pernah kata 'ibu ingat atie ni apa nak habiskan life dgn benda benda tak mendatang ni'

--'



PERGH. PADU GILA LAH SIAL 
hahahaha. mak aku cakap mcm tu. aku rasa nak suap suap je kat makcik tuuu. dia dok kecoh kain orang. hello tngok diri sendiri dulu la. kata jelah minat ke aku nak buat menantu. kan senang. hahahahahah

Monday, November 10, 2014

Shorts

fav tentang you
katanya--;


SEBANG tu sembang abang abang
oh then
SEKAK sembang akak akak
SEMAK sembang mak mak
SEPAK sembang bapak bapak.
mahu ? aku kasi se.



hahhaa sooo guilty plessure lah you ! love mucchoo ;)

Friday, November 07, 2014

Level bawah kaki


Lepas dah setel semua aku ingat aku nak tido. Ada lah dalam 5 minit terlayang, 'DUUMMM !' kau masuk bilik hentak pintu dengan sangat kuat. Aku tersedar tapi serasa malas nak buka mata. "Ibu cakap macamni semak lah. Ok tak payah pergi, tak payah balik kampung, tak payah amik SPM" aku dengar. Jelas. Allah, aku mintak kau tarik balik ayat kau tu tapi siapalah aku ni ? Mahu kau ludah apa nasihat dari aku. Sebelum terlayang ke 5 minit seterusnya lagi sekali guruh dan bunyi mahu hujan semakin gergasi seepertinya. Aku kemudian terlelap dan terjaga satu jam selepas. Keadaan disini sepertinya okay belaka. Engkau dengan telefon bimbit. khusyuk. Ibu sedang melipat kain diluar tanpa ada kesan airmata.Ah, ibu memang biasa begitu. Jauh dalam hati aku sangat berharap kau telah sujud cium kaki ibu ampun mohon dengan apa yang kau pekikkan setidurnya aku tadi. Guruh dan bunyi mahu hujan masih sama. Malah hujan sudah mencecah bumi semahunya. Bukti amarah Dia mungkin. Wallahualam.




taklah. ni boleh dipanggil cerpen lah. haa yeap. cerita pendek yang aku reka reka kan yang aku angan angan kan. hahahhhaha. ayat pun semarttt je kan. biarlah cerpen ini terkubur disini tanpa maksud penghinaan kpd sesiapa. serius. cuma kalaulah ada calon spm yang baca. this might worth :) saje nak ucap selamat maju jaya utk korang. ini mungkin penentunya.tak terlambat lagi kan nak wish ? haha rasanya setiap program SPM korang msti dipesan jaga diri and bla bla haaa nak korang tahu jaga diri kat sini bukan saje bermaksud yang kaki merempit tu, sudah lah bawaklah berjalan pulak ke mesjid, yang kaki hangout tu sudahlah, bawaklah duduk berborak dengan mak kat rumah. not just that okay brother and sisters. jaga diri sini jaga diri kau atas sampai bawah dalam dan luar atas semuaaaa dasar. malas aku nak explain. senang mcmni kalau sebelum ni kau cuma beretika dalam kelas sebagai cikgu dan pelajar bersahaja. takde luar kelas bertepuk tampar bodek tanya soalan kat teacher add math. haaaa aku tak suruh cuma boleh kot tanya khabar atau tanya dia jaga mana spm nanti. berbudi bahasa. senang cerita. bukan cikgu je pulak tu, dekat makcik kedai buku, makcik cleaner makcik jual goreng pisang belakang rumah, cashier yg kau selalu hadap masa beli brg kat shopping mall. whatt ? apa ke salahnya ? weh tak semestinya kau jumpa dia once a month kau takde salah dengan dia. tak semestinya. kau tu manusia. tak pernah sempurna. itu maksud jaga diri sepanjang tempoh kau SPM, kau jangan sekali nak buat onar. sentiasa buat baik selagi mampu. kalau taknak buat baik pun jangan buat jahat. jaga percakapan, adab terutama keluarga kau yang banyak dh makan hati dengan kau TERUTAMA LAGI. MAK KAU yang tak pernah penat marah kau. ,kau tahu apa weh kalau dia tak marah kau. kau takkan amik spm harini. kau takkan duduk dlm kelas for 5 years or more. jangan berlagak sangat weh. pakai lah iphone5 ke kereta mende apak awok bagi ke. look. kau tu level tapak kaki mak kau je, ingat selalu. dah. 

Saturday, November 01, 2014

Saya nak makwe saya..

Aku pernah terfikir atau  terdiam sejenak bila aku ada sorang kenalan. kenal tapi bukan kawan. mksudnya kenal gitu gitu jelah. tiba tiba kenalan aku tu merupakan topik semasa kawan2 aku nak jadi cerita masa lepak. sorang member aku cakap Wendy(kenalan aku) tu suka burukkan orang oh. depan kau memang ayu gila lah muka, kau tengok belakang kau punya longkang mulut dia mengata. aku taktahu lah macamana nasz boleh tahan dengan dia nak dekat 4 tahun ni. masalah pertama adalah kawan aku cakap pasal dia. itu pun mengumpat so dalam tak sangka dia dgn wendy ni lebih kurang jelah. secondly is if that thing was so trueeee. heeeeeeeyyy. apak ah ? kau pernah tak camni ? kawan kau kutuk awek member dia, dan awek mmber tu kenalan korang ? did you ever ? kiranya nazs tu kawan kau jugaklah. so kau tengah2 kau tahu betul yang wendy tu perangai mmg macam haram. and nazs ni pulak dok agung agungkan awek dia. sedangkan takde bagus mana pun. haihhhh some of you mesti akan jawab 'BIARLAH ASALKAN DIA BAHAGIA' yeah. mungkin yang jelik kita nampak kat awek dia tu mungkin kesempurnaan kat mata dia. kan. orang dah bercinta, taik awek pun kata wangi ehh ? HAHAHAHHAHAH tapi serius ah kadang kadang sbb kan cinta tu buta. beragak lah woi. nanti mcmana kau nak didik anak anak kau dengan peerangai partner heh. sedih nak cakap. generasi kau nanti mcmana ?


"oh takpee. All i have is only you baby"

BABI.HAA.


i really wish doh nanti kenalan aku yang merupakan kawan future aku cakap eh kau ni beruntung Muzammil, dapat lak awek kau tu ha dari turun katil, katil dia tegang dia takkan touch sampai maghrib, nak carik dia takyah jauh turun je Uwais tu dia mesti tercangak situ takpun library tu ha. twitter pun takde takyah kau nak risau orang nak try dia (EHHHHHHH) weekend pun aku rasa haaa mostly kau spend dengan kitaorg ni ha. camne lah sial dia tahan rindu.

KIHKIH.
mari muzammil, berangan bersama saya.

Friday, October 31, 2014

Dialog hujung bulan

hujung bulan gaji wehhh. tapi aku ada coversation. takdak lebih


(whatsapp ayah)
me: ayah nanti kalau balik kerja ayah tak penat belikan roti gardinia yang biasa tu. kalau penat takpelah
ayah: okay loooooo.


esok tu pukul 6 pagi ayah kejut subuh
me*golek2 lagi
*ayah mumbling

hish semalam suruh beli roti ni tak makan pun. tak sentuh rotinya. heeeiiyyy anak aku sorang nih


--"
*****************************************************************************

abangfes:atie lepas ni kau nak sambung belajar ke kau kerja mana?
me: ha ? lepas dip ke ?
abangfes:ha ah
me: sambung ah tp taknak yuaitiem.tp kalau yu lain 4 years. yuaitiem je 2 years.
abangfes:ha yuaitiem jelah
me:tengoklah mcmana. habis ni dulu.
abangfes:kalau kau habis degree kalau yu lain umur kau 24 lahh eh ?
me: aah lebih kurang
abangfes: ha kalau ada jodoh kahwin lah dulu. lepastu sambung master.kalau kau nak belajar lah
me:eh. susah la(ceh!)
abangfes: takde ah. ada member abang buat. tapi carik pakwe yang kaya ah. boleh support skit sebab kau tengah study lagi

errr. senyap toroih ! mana nak carik neh*peluhpeluh