Simple shawls in 2 minutes ;)

Tuesday, January 26, 2016

Akak ipau

sejak lately ni sejak sejak tengok angah kawen ni rasa macam berangan la pulak duk ataih pelaminnn tu. ehh sajaknya. hihihi. siap cakap kat aizat dik, nanti aku dah kawen.. eh dik nanti aku dah ada anak nanti... HAHAHAHHAHA --"
jodoh oi, cepatlah datang. jgn la sesat lama sgt. sedara semua pakat tanya dah ni mcm aku dah 30 kerr. 22 helloooooo still org ingat 17 kot. aku pernah sembang dengan ibu , i dont mind if my future husband kerja biasa2 je. jual ikan kat pasor andd why not ? hahahhaha kan ? janji ada duit nak bagi aku makan 3 kali sehari. ada duit lebih sikit boleh ah makan steak ke ribs ke hahahah choii tp ibu mcm.. herww of course want the best for her only daughter :/ pastu nakk zaman skrg ni.ada ke parents yg tanya kamu dh berapa kali khatam quran ? masa kau dtg utk intoduce partner ? takk denya. mesti tanya kerja apa study kat mana semua. hmmm ntah la. aku mmg taknterfikir laa nak carik2 ni. cinta Allah pun tak habis deepest lagi.




hmm ntah la
emm
tengok hmm
tengok la hmm
tido dlu laa hmm

Thursday, January 14, 2016

عمرة

Assalamualaikum and thank you Allah. For your mercy and for the bless i owed :)


dah ke kursus umrah for twice and rasa ya Allah syukur sangat2 syukur tak terhingga sebab rezeki ni, sbb panggilan ni. I have those mixed feeling weh. rasa nak nangis sebab tak sangka ayah murah rezeki untuk bawak aku dengan aizat sekali Alhamdulillah :) rasaa nak senyummm sampai tanah suci nanti. sedang buat sedikit persiapan. sebenarnya hari hari adalah persiapan kita untuk menujuNya. tapi bergantung berapa tinggi preparation tu dibuat. tanya Aizat senyap2 hahaha ko dahh ready ke ? sbb he and my dad will wear that ihram attire dari airport sini and as noticeable kena jaga 13 syarat umrah tu. aizat senyap i knew he had that mix feeling tu. tp aku, Allah... tak sabar gila nak rindu kaabah. InsyaAllah. Ustaz pengiring tuu ada cakap pasal jaga jaga percakapan pandangan naluri hati masa kat sana means jgn cakap sembarangan. ada tak puas hati ke apa ke istighfar banyak banyak sbb kat sana apa yg terlintas ituu yang jadi. SubhanaAllah. dia ada cerita jugak nanti masa solat kat sana mungkin cara kita dengan dorang berbeza dan jangan pertikaikan. contoh macam takbir solat. takbir tu sendiri maksud 'Allahuakbar' jadi tanpa angkat tangan dekat bawah telinga pun sah solat. so mungkin dorang tak angkat tangan takbir pun just allahuakbar sbb angkat tangan tu tanda kita surrender on to The One. ohhhh baru faham. and ustaz suruh prektis solat jenazah sbb kat sana setiap kali waktu solat mesti ada org meninggal. so kita diminta meramaikan laa solat jenazah tuu. fuhh dengar yg tuu debor beb. ahahaa. hmm.
lagi se yangg tak sabar gila will be there from 5 february till 16. soo ? Chinese New year and valentine kat snaaaa huwa. seriously mesti indah. sebab jauh daripada kawasan maksiat. ya noe bilaa kat sini mercun berdentam dentum. and all that parties to celebrate. haih. aku dah ada alhamdulillah rasaa tu. rasa tak berapa berkenan dgn segala apa yang tak sepatutnya ada dalam kalangan kita umat islam. selalu pun kalau cuti CNY panjangg kan ayah ajak holiday kat PD tp kalini holiday jaohh sikit heheheheh. tak sabar !
minta dipermudahkan semua urusan Ya allah.. mintak jauh ibu atau ayah sakit atau aku sendiri. hiii mntak doa semua ye :) selamat pergi dan balik insyaAllah


and and nakkk minta maaf mntak ampun utk semua benda yg aku dh buat sengaja atau tak. please forgive. mintak halal la teramik apa apa ke dari uolls k. hehe. ba baii :D

Tuesday, January 12, 2016

Aok borok mende ?



my face reaction hahahaha bila ada brader brader sembang kereta. ke motor ke hahaah berdamor woih.

ada mmber ni baru seminggu ah borak dengan aku, dia pernah cakap " atie ni kalau dia benci mmg nampak gila dia benci"

yezzzzzzzzzz. kau tak aku benci kau buat senonoh sikit. bagi bangga org kampung :3

Monday, January 11, 2016

Pawerrrr

Saya come acrossed to this tumblr post. sbb kan saya saya takde tumblr so tak boleh nak reblogged hiuhiu.

Ini kisah benar tentang kuasa doa. Telah diceritakan oleh seorang ustaz.. Kisah seorang ibu yang kehilangan anak.
***
Pelbagai cara ibu itu buat untuk anaknya yang lari rumah kembali ke pangkuan. Semua usaha dah dia buat. Mana saja diberitahu anaknya ada, dia pergi . Sehinggalah suatu hari, Si Ibu ni bertanya seorang ustaz.
“Apa perlu saya buat lagi? Semua saya dah buat, banyak tempat saya dah cari dia tak pulang juga“
 Lantas Ustaz itu bertanya, “Puan selalu berdoa dan solat hajat?“
Dia menjawab, “Selalu, Sudah.”
Dan ustaz itu cadangkan, “Pilih satu pertiga malam, yang paling tenang, akak berdoa selepas solat dan cerita pada Allah apa yang akak rasa”
 Lantas tiba satu malam, ibu itu pun berdoa . Seakan bercerita kepada Tuhannya.
 “Ya ALLAH, sampaikan ini pada anakku. Emak sayang benar kamu, Nak. Baliklah. Mak tak tidur, tak makan memikirkan kamu. Emak maafkan kamu. Baliklah Nak. Mak rindu“
Menangis dia merayu, mengulang-ulang doa tadi. Dia benar berharap agar anaknya dipermudahkan untuk pulang. Sehingga tertidur dia dalam linangan air mata.Esok dilalui seperti biasa, sehinggalah waktu Zohor tiba, riba-tiba ada bunyi ketukan dipintu. Ibu membuka pintu. Terkejut melihat anaknya berdiri di hadapannya.Sambil menangis, si Anak berkata, “Emak, saya minta maaf mak. Saya pulang ni sebab saya tidak boleh tidur malam tadi. Terbayang emak cakap emak tak makan tak tidur rindu saya. Maafkan saya, Mak. “
Deras mengalir airmata si Ibu. MasyaAllah. Betapa dia tahu doanya sampai kepada Tuhannya. Bayangkan betapa terkesannya anak dia terhadap doanya itu.

yepp. the power of du'a. hmm Allahualam tp this lately kalau my bff call or text me and told me about their problem and shareee, aku rasa mcm aku  tak layak utk dengar semua tu. aku suruh dorang solat, doa pada Allah SWT banyak banyak. sebab aku sendri pernah rasa hebatnya kuasa bercakap dgnNya. dorang maybe boleh rasa lega sikit lepas cerita kat aku sebab mesti semua dari kita akan ada someone to rely on. masalah pape sikit cerita kongsi sana sini. nak2 perempuannn. kan ? fitrah la tu  but still I have no power to help you, my dear friend. macamana kau berdoa dan mecamana Allah kabulkan doa kau itu depends. mungkin bukan betul2 lepas kau doa, sbb masa takk sesuai. percaya kan pada benda tuu ? He's the perfect timer. so terus teruskan banyakkan berdoa. minta. Allah dengar dan faham apa yg ada dalam hati kau, instead. sebelum ko doa lagi dia dah tahu dah kau sayang sangat kau sorrang perempuan ni so kau mintak jodoh kau dengan dia kuat. Dia dah tahu dah kau nk cakap tu, tp saje dia bagi peluang untuk kau berkomunikasi dgn Pencipta kau. Semua yg baik tuu datang daripada dia. so andaikata kau diuji dan kau tak tahan percayalah ujian tuu dia yang bagi. so mesti benda baik. so sabar dan berdoa. selalu. mintak kau kuat nak hadap semua benda. qowiy lillahitaala :)

Saturday, January 09, 2016

minggu ke-1, pagi.



Apa yang paling penting untuk tudung ?
LABUH dan MENUTUP DADA lah. pi lantaklah material tudung apa ka nak pakai berapa pinn ka. pahamm dak ?

Thursday, January 07, 2016

Khamis ke-7, berpetang petang




Kekuatan seorang lelaki, terletak pada..
hebatnya dia mengawal marah.










Dan subuh berjemaah -><->
{MUJAHIDAHSADOO}

Saturday, January 02, 2016

Lu sudah lama ka macamanaa ?






I thought i am your favourite. I'm not that difficult. Am i ?





heheh. Zharif yang kusayang selaloo looo lololo

Thursday, December 31, 2015

2K16 ?






I am definitely not the same person I was when this year started.

Wednesday, December 30, 2015

sekian

Aizat cakap aku hipokrit bila aku cerita for the first time i feel ready to go out with fully muslimah attire with a friend. heh one thing i feel really funny is i wore tudung rocket; yang pin 3 ke bawah tu(unfashion) *usually. so the chest part dah covered but i'm not practically use socks @_@ Dari sekolah i thought my friends who wear socks and handsocks were just saje saje. nak nampak different. Sad thing, i was school in normal one. none with strong agama basics. when i go to university i saw these few sisters wearing like true cover what should be covered la. so if i change now, in the name of AllahSWT. He who turns my heart. siapa nak sangka dari sekolah sampai universiti dia dah tunjuk tp tak pernah terlintas nak buat. siap gelak lagi member2 pakai socks :(( Allah. pernah ada rasa yang sangat membuak nak pakai purdah. nak jadi perempuan yang sangat susah org nak pandang. Masa tu start doa. Hari2 doa mintak Allah ampun dosa.Dosa marah2 ibu,dosa tengok nota masa exam, dosa 'tak malu' sebagai perempuan. dosa tak hormat adik beradik. macam2 dosa dah Astaghfirullah astaghfirullah ..
I told aizat back, yes i am hypocrite. people saw me good but deep in me i am so teribble and only HE knows. Aizat cakap lagi harini je pakai socks esok lusa hilang. yesss :'( i did a lot of sins and yet He still gimme chances to repent. Aizat mmg sorang yang sangat jujur well i like his attitude smtm, but sakit hati jugak ah sbb mulut dia ibu pun pernah nangis. Dalam hati senyap2 doa lah aizat doakan aku istiqamah. Ye dik, nak berubah can be in a blink of eyes tp nak tahan perubahan adalah satu jihad. jihad kita semua. berjuang untuk terus bertahan di jalanNya. sabar dan doalah diberi kekuatan. What i feel when i really wear this thing, bukan nak menunjuk cuma nak mintak doa ramai,sokongan etc. i felt so bless. jalan sorang2 pun takde nak rasa apa. sebab mungkin Allah protect me in any ways. naik train punn rasa safe rasa macam org takut nak  dekat walaupun tengah bersesak. rasa mcm org takut tersentuh tangan yng uncovered. Yes! i feel that. Bila lelaki pandang pun mcm nak taknak takut2 as for you girls information, men eyes are really different, really wild and please ya allah just please. do not exposed yourself to them. yang longgaaaaarrr apa depa nak pandang kan ? kan. i want to stop be good in front of ppl, i want to be great in front of Allah SWT. I dont need attention of this dunia. Stop please. berhentilah hina dan berlaku kejam pada diri sendiri kakak, adik.
as for me, kalau adik sendiri susah nak support, i believe more people in the train was interepting me. looking for the bad. Its okay. say anything. I just listen to His order.
InsyaAllah


Hijrah ni susah. sana sini org duk mengata.ye memang. Hijrah tak terbentang dengan red carpet kawan. Allah SWT nak tengok macamana padu usaha kita bermujahadah di jalan suci ni dan ujian takkan berhenti walaupun iman dah full tank. Sampai satu masa denga keikhlasan hati yg tinggi, redha .. hanya redhaNya yg kau cari . waktu tuu dah penat gila dengan tohmahan cacian manusia.
'cukup. cukup aku sama Dia' yang pasal anis pulak as the first person who sees me with a diff angel(yela kan) hahaah she asked me why did i wear jubah ?panas2 ni. I dont have any answers or reason. Even God dont need any reason to take out your breath I realized  people die not just because they got ill.they did some shit and God punish them with take out the soul. exactly not. so ready anywhere :) saya mahu kalian teru terusss doakan saya. i wont be standing only by myself and ignore that feeling of 'tak boleh tengok orang lebih' this is my part insyaAllah. if u not agree with me or dont like me at all u dont have to pray bad thing for me.
Semoga tuhan berkati perjalanan kita semua menujuNya.
p/s:jumpa kat syurga nanti ye.

Sunday, December 27, 2015

have a courage, ya akhwat.




Alhamdulillah baruu je selesai kem. kem ibadah version 3.0 punya KMS yeeeha ! I was really actually looking for this kind of program. for myself. for no other reason. I want to change. niat asalnya i want to change myself to better. much better but when i come back from the session, i don't need to change myself. only. Change my FAMILY beside.sebab aku sedar kalau takde guideline yg yeaa kukuh. padu, go find another way. usaha. tawakkal tuu bergantung sepenuh penuh penuh penuh penuh penuh penuhhhhhhh kepada Allah heheheh Sumpah rasa bersyukur nampak iklan ni kat ig ustazh, then tanya ibu boleh pinjam 100 tak sbb nak pegi kem. and all praises to Him, mom let me to go. sbb dekat je punn. msjid melawati tu. taktahu  mcmana nak cakap happy nii. happy kat hati. selama ni what i thought i was being myself for too much. selama belajar kat jengka Allahu.. tak boleh nak ckp lah mcmana jahilnya. duk buat apa2 semua sbb nak perhatian org, bila tak confident sikit dgn apa kita buat takut org tak suka takut tak in dgn zaman heh. tak takut pulak kan dosa Allah tambah ? astaghfirullah. Be yourself  here, sepanjang kem ni adalah sedar diri, jadi diri sendiri seiring dgn pegangan agama. Alquran. selama ni member tegur kenapa tak pakai stokin, tu kan aurat ? alaa selesa tanpa stokin. takpun capai la stokin pendek2 kerat tumit. salah. deinitely wrong. You must always remind yourself that you are a slave. Allah slave. dalam doa sentiasa ingat ni. Tuhan tu tuan kamu. kalau time kerja boleh pulak tak ingkar arahan tuan kan ? why not now ? The most merciful who watch you 24/7 NONSTOP. jangan jadi hamba kepada duit, jangan jadi hamba kepada likers, jangan jadi hamba kepada diri sendiri, kepada dunia. itu maksud kun anta tuu sendiri. always bear in mind, we are weak and we always need Allah SWT in every steps every breath that we owed. Ada satu part sepanjang program mengenai perkongsian hassanah seorang penulis buku mengenai pengalaman beliau sendiri hidup dan membesar disekeliling persekitan bukan islam. hmmm bayangkan jelah wehh. kalau dia yang cuma ada mak ayah yg islam mampu latih diri sendiri kenal Allah sayang Allah sayang diri sendiri(hormat dan tanggungjawab) tanpa guris perasaan makcik dan pakcik dia yg merupakan paderi gereja. mcmana diri aku sendiri ni ? :'( :'( lotss to repair. lotss to repent, Allah allah.

taknak cerita pasal aktiviti kem pun. nak kongsi sikit apa dapat masa kat kem. Moga memberi manfaat dan Allah memberkati kita semua :D sayanggg korang, sama2 doa kayyy. jap jap. self achievement: dapat tiup belon sampai besaq mcm dalam gambaq tuu.haha. bangga beb.


Friday, December 25, 2015

A sharer

sebelum ni aku ada pernah dengar orang kata apaa kalau solat isya' awal rasa mcm malam tuu lamaaaa sgt. yerp.mcm tak percaya gak sebelum ni tp alhamdulillah tried this lately and it lead to a very long and peaceful night. korang cuba ahh pulak. cuba aa cuba. solat maghrib lepastu tambah la solat sunat pape, ngaji, selawat, doa panjang2. solat khusyuk2 ziikirrr sampai masuk isya' ke lepastu solat sunat sebelum isya', done. cuba la isya' sebelum pukul 9. lagi 5 mnit nakk pkul 9 dah settle semua. masa tu lah nak baca buku ke nak whatsapp ke heehhehe nak tido pon dah settle semua. kan. tp mmg akan rasa lama. kalau tido, bangun pukul 6 tuu rasa puah ahh tido. kalau lepas maghrib rasa lapar sangat ke mcm ada masaa lagi before isya' takpe ahh, tapi kalau boleh solat before 9. masuk waktu terus amik wudhu. pergh. baek. heee. selamat mencuba! syukran ya yg share ni ;)

Tuesday, December 22, 2015

#Atiemenu1

heee haiiii semua :) buat apa tu ? dah makan ke ? sihat ke ?
kite nak share je bukan buat papee pon.

RENDANG BURUNG PUYUH
4 biji bawang merah(kecik)
3 ulas bawang putih
2 sudu kecik serbuk kunyit
2 biji buah keras
1 kotak santan(kecil)
2mangkuk air
Serai
Asam keping
3helai daun limau purut
2sudu kerisik
sedikit daun ketumbar
sedikit garam dan gula
Daun kunyit
sedikit biji ketumbar
sedikit halia dan lengkuas


bahan diatas ditumbuk sekali(tumbuk kasar)
kecuali sebiji bwg merah dan,halia dan lengkuas dihiris.

-masukkan bahan hiris setelah minyak panas
-sebelum bahan garing,masukkan bahan yang ditumbuk
-Masukkan burung puyuh/ayam/daging yang telah dicelur
-masukkan santan setelah mendidih
-Masukkan 2 sudu kerisik dan air
-taburkan daun kunyit sedikit, serai(diketuk) dan asam keping
-masukkan biji ketumbar (ditumbuk kasar), garam dan gula setelah mendidih
-Hiaskan dengan taburan daun kunyit.

peh siot gila ayat hahaahhahahahha nak masak benda simple je pun. kuantiti dia depends pada servings mike lah ye heheheh aku punya ni dalam 5 org camtu je. and aku tak makan burung puyuh keh aku buat rendang ayam je. tp agakk amazing la maybe sebab ada lengkuas and daun kunyit bagai. btw, lengkuas tu jgn banyak sgt kalo tak kau berebut bilik ayo.
anything recepis i shared here where is aku dah cuba and alhamdulillah ah result dia. so kalau nak try pun boleh pastu bagi aku rasa hahahhahahah.k dah. nanti share lagi

ok jangan kata sis tak umbrella




ooooooooooo Nazirul oooooooooo

"Eh jumaat ni kita kerja mcm biasa ke kak?"
"Eh aah la dik. kenapa ?"
"hahah baruu ingat nak lepak lepas solat. org sana tuuu cuti huhu"
"aik ? oh dah habis belajar ke sana tu ?"
"haritu ada dia pegi belajar sekejap tp tak kena katanya. so tengah tunggu lagi ah ni"
"hahah sabar lah. sama lah akak pun ahad ni baru keluar"



Punya lah sembang dgn budak tempat kerja taknak nampak mcm forever alone --" professioal camniiii ha.

Sunday, December 13, 2015

A story of a handbag.

Assalamualaikum kawang kawangggg. haw auuuu youuuuuuuuuu. hehe.

ramai yg tahu Izzati tak pakai beg tangan/handbag/ clutch/ ape benda tahh lagi hahahahaha beg sederhana ke apa since yeah since sekolah. ada purse je kalau boleh purse masuk poket, masuukkkk hahaaahh kalau boleh tak bawak purse selalu bila jalan dgn family. okay cun. masuk unibesiti jumpa kawan dari Selangor, selangor dan selangor hahaaha takdela. jumpa kawan dari semua negeri so pegi kelas dah pakai beg sangkut kat bahu tu hahaahhah mcm --" noob gak rasa. so dlm kelas aku sorang perempuan pakai beg sandang belakang.adidas. first month gaji. tapi tapi semakin hari semakin 'dewasa' i mean semakin kita kenal dunia, kehidupan, orang orang. haaaa takde kaitan. last 2 months ayah belanja beg (kecik sikit) geli pulak nak sebut handbeg hahahahhaha so nak bagitahu je bukan pasal this bag brand. takde masa aku. pasal apa aku isi haha


Of course handphone stuff: charger, wire, fisheye(sometime) and wallet. benda nii korang pon mesti ada dlm beg. all girls. and ohhh pen. aku belajar kat komander. takde pen nearest to you, your day damn failed! hahaha pastu pendrive tuu sebab ada resume kerja. feh harapan setinggi kinabalu. kot2 lah ter accident CEO mana2 ke kahkah boleh kasi je terus. taklahh, tu ada lagu nak cucuq kat reta. nak dengaq lagu zumbaaa.













tissue. wet tissue selalunya. sebab paa tau. sbb belajar kesilapan dari bakal bini angah hahahahah beg dia penoh tisu kot. kering basah semua ada. utk apa ? utk haiwan2 kesayangan dia. tisuu dgn perempuan sebenarnya tak boleh ada beza. tp dulu aku pun tak jadi kan this important thing. skrg kena lah kalau taknak makcik pakcik hang kata hang anak dara berhinguih lagi.







yang ni paling penting. ubat. hiller dan painkiller. things that we can't even predict. prevent is much better. tp painkiller tu dah alhamdulillah dah tak amik dah. dulu amik asyik highh je hahha tak tak. lepas ada someone cakap "jangan makan painkiller nanti mandul"
















haaa ni perempuan lah ni. nak tahu tak kenapa prmpuan bersiap lambat ? sbb depa taktahu buat meditasi. hehhh. nii la pin tudung, make up, aksesori WHAT MAKE UPPP ? aku ada tu je. lipstick tu pun Umi belanja. bukan aku takde duit bukan aku kedek tp sebab aku malas. kbai.

Wednesday, December 09, 2015

Manman

Assalamualaikum gais heee. just an extra information la hahaha to those yg curious gila nak tahu "eh izzati ni makan camne ah. relaks je tak gemuk2" ceh. macam lah ada yg curious :/ but in fact i am the type of girl who like to eat soooo much. what i mean is i eat whenever i want and i don't put it on limit. like those certain girlss yg makan 3 sudu je nasi sehari. I don't. ehehhehe i eat when i feels it it neccessary. ek neccesarry ? maksud koi bila koi lapar laa and ada makanan lg. kalau takde makanan dah koi buat buat lelap je. takut termakan benda yang tak seharusnya pulaks. when there is still sambal goreng ibuuu haha. And sometime on my mad time i eat on every hours like adaa je benda nak kunyah. i knew these thing will end up disadvantage myself since i dont work out anymore. not as fit as before but i just idk. obviously when i get deppressed, i eat anything! well hahahahahh aiskrim pun bedalll. so no you no need to worry if i makan ke tak ke i suits ke tak ke tempat you would like to take me for dinner. all cuisines accepted. pastu ada gak pompuan pompuan yg tak makan benda yg derang masak. huh ? rugi 30%. makan jelah.

Friday, December 04, 2015

As December began..

aku taktahu nak letak dia past present kepe since dah 4 haribulan kang.

ahhahah

Wahai Muslimah:
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan
Dengan yang bukan mahram, kerana kuatir
dari mata turun ke hati, dari senyuman
membawa ke salam, dari salam cenderung
kepada pertemuan dan dari pertemuan takut takut 
lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri

Duhai muslimah:
lelaki yang baik tidak melihat paras rupa
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, 
lelaki yang baik tidak menilai wanita melalui keaayuannya,
kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka

Tetapi muslimah,
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan Agamanya
lelaki yang soleh tidak mengiginkan pertemuan dengan perempuan yang bukan mahramnya
kerana takut terberi kesempatan kepada syaitan
untuk menggoda.

Oleh kerana itu wahai para muslimah,
jagalaah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu
Kuatkan pendirianmu
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu
cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kepada
ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagian buat dirimu.




-FROM A TUMBLR

Ibu saya dah 52, bila agak agak awak nak datang rumah ?

KAHKAHKAH. siut.

Sehari sebeluum birthday ibu tu boleh bantai demam pulak kan. mmg apa benda ah cerita dia. sampai menangis nangis lak tu. pastu ibu cakap sejak bila ko jadi lemah semangat ni. sebab serioous aku kalau sakit pun sedih ke takdenya org tahu kalau bukan mulut aku sendiri bagitahu. aku mmg pawer bab2 acah tenang ni. so semalaman tu ibu tido dengan aku sbb takut aku meracau racau pulak, tp alhamdulillah ah. under control. act, beberapa jam sebelum tu pergi cucuk vaksin kat tangan aku ni so rasanya sebab tu kot. hahahahha aku pun taktahu sejak bila aku takut jarum. berdenyut dia sampai skrg kot. aku ni nak kata dalam kategori penakut tu takde ah hahahaha sbb ilek je masuk rumah hantu ke mende ke cehh. masuk kubo takuttt lahhhhh.

banyak yg komen fb/ig wish birthday ibu tu mmber2 sekolah dulu. yg masuk tahun depan 4 tahun gak tak jumpa dorang. haritu ada la sembang abang abang sikit dengan angah pasal dia nak ibu niaga goreng pisang balik depan rumah tu. rinnnnduuuuuuu weh. member member lama pun tanya tanya gak pasal nasi lemak ibu selalu buat dulu. ibu kata taknak lawan periuk nasi org. biarlah rezeki masing masing. padahal kalau ibu pasang gak confirm2 org semua dah carik maksud aku dahh tahu. hahahahhah ingat masa form5 dulu bawak nasi lemak 30 bungkus jual dlm kelas weh. pegi sekolah jalan kaki weh. fehh fehh. mungkin ni lah balasan keikhlasan aku bila ada pakwe datang and kata "saya mula menyenangi hati luhur awk yang terlalu merendah diri membuatkan saya sedar semua ini hanya pinjaman Allah SWT" feh fehhhh.




Saturday, November 28, 2015

Partner in CRIME, a fake boyfriend and a part-time bodyguard.


and aah. payable photographer. tetibe en tetibe kahkahkahkah rasa cam comey pulak i dalam gmbar ituww.even muka serious mampus who caressssssss. tp ploles kayyyy hahahahahah and this kinda show how the products work my skinzzzzzzzz. hhahahaha sbb ada la girlS hahahaha tnya. okay dah. Make sure you guys havinggg ahh a great great weekend. daaa.


takde kening, hidung kemek takpe janji dagu lekuk mihihihih

Friday, November 27, 2015

Forever alone ? reassured me.

as well. palahotak hanggg ! hahahahahah.
Finally, finally. i never been in movie alone. serious. i mean kalau ada pun bukan dgn kerelaan hatiku ini. ha. maybe mcm aizat suddenly cant make it. but this time tengok Mockingjay sorang2 mmg real alone (Y) Aizat ada event dkt college and he can't deal with me. ayah pulak weekend takde so ? dah lama jugak actually tak ronda ww. dulu, before praktikal boleh kata 2 weeks in a month mesti pegi midnight movie dgn ayah, my only fav man. ngeee :D so acah2 la pusing ww tadi kan even sorang huwaa hahahaha Mockingjay mmg great tp kalini more to their loves and yg climax, for me is the death of her sister. hmm yg lain okayy la. tp instead i actually told myself to not having those movie- karaoke in alone or berjemaah situation where i found that it was not emm it was just hiburan/liburan kosong for our life which is temporary. Mockingkay je just dah janji dgn Petee mellarck KAHKAH. okay, last okay Izzati ? no more. yang tak leh blah sekali masa #foreveralone tadi hahaha nak turun escalator and ecalator tu automatic means kalau ada org dia jalan kalau takde dia stop nak jadi cerita punya sunyi hidup masa turun pon sorang2 and hahahha the escalator almost stop( sbb i ringan sangat) ahahahhahaha and pak guard terpaksa pijak dkat hujung atas sbb taknak dia stopp. hmm pastu seboleh boleh avoid tangga --" lalu yg oku transit tu. sbb aku kan sakit ? kau je taktahu aku sakit. masa beli tiket lagilah acah acah betul "hunger games pkul 11am prefered seat(sear atas)" "brp org cik" 'F888 YOU !!' HAHHAHAHA dah sah2 lah aku sorang. acah mntak preferd seat pulak tu heh baik mintak couple seat lagi padu sunyi aku hnzzzz. aku takde masalah pun nak buat benda sorang2 tp smtimes alone make me feel more low self confidence than ramai. takttahu la. kadang2 lah. aku ni jenis pendam. so bila sorang, pendam.. you know what it feels rite ? haha skrg kan ada yg nak bebel lah apa yg kata "mula mula aku jumpa kau aku ingat kau sombong sbb tak banyak cakap" konon tak kenal lagi ah tu. back then, aku org jumpa aku takkan 'ingat' aku sombong tp they declared me sombong. + dgn aku yg memendam. apa nak kata kan ? people judging bcause they just human. siapa kenal aku akan kata aku apa ? " izzati awat smlm tak mai kelas ? kau takde, sunyi doh" haaa *emoticon pakai speck hitam muahahahhha






lepasstu, pegila pusing kot ada apa2  spesel ke kat ww ni en hahahah yup! i found smtg very special. niat nya nak beli eye shadow sbb nak mekap masa angah kawen nanti HAHAHAHAHHAHAHAH so mmg dah berkenan ah kat satu warna ni kat guardian. masa beratur nak bayar get in the pharmacy someone i really really know with one guy beside. and i turned down so sudden. aku letak balik barang, aku keluar pegi cold storage konon nak carik nescafe. konon nak cool down. tp tak boleh masuk cold storage rasa mcm nak pengsan. pusing area buah pun takleh buat aku tenang. amik semangat Ketniss skit *cehceh hahah pusing gitu jelah and terus decide nak balik makin lama aku kat sini makin sakit, makin mereput, makin mati.
whyyyyyy ? why did you do this to us ? why are you being so mean ?
back home, i told mom and i'm almost cry. ibu suruh aku buat2 terkejut nampak dia bagi dia sentap skit sbb tengah 'date' hurmm but sikap ibu mmg aku tak warisi langsung. aku kuburkan perasaan. i'd buried myself though. you will find happiness, i pray. sister of mine.
hurmm bilaaa lah nak happy. Aizat tngok wayang dgn awek dia mana nak ajak. aku ni nak balas dendam guanoo ? pakwe ada lainlah cerita.
ok ahh.

Friday, November 20, 2015

Sorrow, be over !


Aku tidak menutup hati bagi siapapun yang mengetuknya, aku hanya berhati- hati agar luka tak lagi menghampiri.